Tuesday, July 28, 2015

ZAHID HAMIDI TPM MALAYSIA BARU ,MUHYIDIN DIGUGURKAN HARI INI 28/07/2015

28/07/2015-07:06pm

Assalam....Sabarlah TS Muhyidin dan tahniah DS Zahid Hamidi....
Selamat berjaya DS Najib


________________________________________
MUHYIDIN GUGUR,ZAHID HAMIDI TPM BARU
SELASA, 28 JULAI 2015 




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet dengan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan tempatnya digantikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Muhyiddin mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 9 April 2009. Selain Muhyiddin, empat menteri dan seorang timbalan menteri turut digugurkan setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.
Isteri DS Muhyidin Puan Sri Norainee, Sejurus mengetahui keputusan
pengguguran beliau dari barisan kabinet oleh DS Najib (PM
)

Menteri yang digugurkan adalah Datuk Seri G.Palanivel yang menjawat jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Luar Bandar dan Wilayah): Datuk Seri Hassan Malek (Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Dr Ewon Ebin ( Sains, Teknologi dan Inovasi)
.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70582

___________________________________________EnD

Jangan Persoal Keputusan Najib Rombak Kabinet - Tengku Adnan

 Selasa, 28 Julai 2015
PETALING JAYA: Ahli Umno diminta tidak mempersoalkan keputusan rombakan Kabinet dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu ahli parti itu bertenang dan memberi sepenuh kepercayaan terhadap tindakan Najib yang juga presiden Umno.
"Sewajarnya keputusan beliau tidak perlu dipersoalkan sebagaimana hak beliau yang memegang amanah bagi memastikan barisan jemaah menteri kukuh dalam menghadapi cabaran mengurus tadbir negara.
"Saya juga menyeru ahli Umno untuk terus bersatu memperteguh muafakat dan memperkukuh tekad dalam memastikan parti terus teguh serta dapat bersama-sama mempertahankan kesejahteraan negara," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Najib sebelum ini mengumumkan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri berkuat kuasa 29 Julai.
Kedudukan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno kini diambil alih oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid juga merupakan naib presiden Umno.
Selain itu dua lagi pemimpin Umno yang turut digugurkan daripada senarai Kabinet Persekutuan ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Shafie adalah naib presiden Umno manakala Hasan adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/07/28/jangan-persoalan-keputusan-najib/
________________________________EnD

0 comments: