Friday, August 28, 2015

KILANG NAZA BUANG PEKERJA

28/08/2015-10:15am


Assalam......Simpati pada kakitangan NAZA...
Apapun... bagaimana kalau ada duit sebanyak ini, 


lawan boleh jadi kawan, blogger hijau boleh jadi biru,ulamaq boleh jadi tamak (boleh "cowteam" punya sokong kita, sanggup mati demi kita) yang pasti syurga dunia lagi cepat dan nyata bagi mereka (walaupun ajal kadang2 lebih cepat lagi..haha) dari syurga akhirat, sanggup ker....?
aku tengah fikir ler nie...kesian PM

_________________

Kilang Naza buang 42% pekerja

 28 Ogos 2015

KILANG Naza Automotive Manufacturing di Gurun mempunyai 601 pekerja yang memasang kereta-kereta di bawah jenama Peugeot dan Kia.


KUALA LUMPUR – Seramai 255 kakitangan Naza Automotive Manufactu­ring Sdn. Bhd. (NAM) diberhentikan kerja semalam selepas syarikat pengeluar kereta berjenama Peugeot dan Kia di Malaysia itu berdepan dengan situasi kejatuhan jualan kenderaan bermula sejak awal tahun ini.
Rata-rata pekerja yang diberhentikan itu melibatkan jawatan daripada pengurus sehinggalah operator di bahagian pengeluaran, logistik, cat, pemasangan dan teknikal di kilang NAM yang terletak di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Prinsipal Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (NCorp), Nor Azlina Ishak berkata, keputusan untuk memberhentikan 255 daripada 601 kakitangan atau kira-kira 42 peratus pekerja NAM itu bukan suatu yang dirancang sebaliknya dibuat dalam keadaan terpaksa.
Beliau menjelaskan, sentimen ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini membawa kepada penyusutan ringgit di samping pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lepas adalah faktor penyebabkan permintaan terhadap pasaran domestik serta eksport produk seperti kereta turun mendadak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3k4UGg75i 
___________________________________EnD

0 comments: