Sunday, September 6, 2015

LELAKI HARAPAN DUNIA FILEM TERBAIK FFM 27 - 2015

06/09/2015-07:05am

Assalam..
Suka tengok Awie kat Filem Dollar Superstar...tak tau pulak ada filem yang cenggini kat Malaysia..nanti senang nak layanlah...

_________________

Lelaki Harapan Dunia Bolot Anugerah Festival Filem Malaysia ke-27

5 September 2015
IMG_0318

KUALA LUMPUR: Filem Lelaki Harapan Dunia arahan Siew Seng Tat diangkat sebagai filem terbaik Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, malam Sabtu.

Kemenangan tersebut sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Terbaik Dari Langit dan membawa pulang trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).Selain itu, Siew Seng Tat turut meraih trofi Pengarah Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Selain itu, menerusi filem tersebut, pelakon cilik Rayqal Iskandar turut berjaya meraih anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik.Sebelum itu, pada malam perasmian FFM 27 yang berlangsung pada Selasa lalu, Lelaki Harapan Dunia turut merangkul anugerah  Penataan Seni Terbaik menerusi Tunku Mohd Taufek/Tunku Tommy Mansur.

Filem The Journey berjaya merangkul sebanyak empat anugerah iaitu Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu, Pelakon Lelaki Terbaik (Lee Sai Peng), Sinematorgrafi Terbaik ( Eric Yong) dan Filem Box Office.


Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Nur Fazura menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.


Para pemenang menerima trofi bersalut emas sumbangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).Selain itu, anugerah Karyawan Sepanjang Zaman diberi kepada pengarah Othman Hafsham.

Hadiah pemenang utama disampaikan oleh  Pengarah Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Ketua Pegawai Eksekutif Pansha Nalliah.Majlis dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad, ia disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria.

Turut hadir, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak dan Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Joe Flizzow & Sonaone.

Terdahulu 10 anugerah telah disampaikan pada malam perasmian di Symphony Lake Suite, KLCC, malam Selasa lalu.

Berikut ini senarai 20 pemenang utama FFM 27:

1. Filem Terbaik : Lelaki Harapan Dunia

2. Pengarah Terbaik : Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

3. Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu : The Journey

4. Pelakon Lelaki Terbaik : Lee Sai Peng - The Journey

5. Pelakon Wanita Terbaik : Nur Fazura - Manisnya Cinta Di Cappadocia

6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Amirul Affendi -Terbaik Dari Langit

7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Nadiya Nisaa - Terbaik Dari Langit

8.  Pelakon Harapan Lelaki : Kodi Rasheed - Ophilia

9. Pelakon Harapan Wanita : Dawn Cheong - Cuak

10. Pengarah Harapan : Raja Mukhriz - Ophilia

11. Lakon Layar Terbaik : Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut

12. Cerita Asal Terbaik :  Siew Seng Tat -Lelaki Harapan Dunia

13. Pelakon Kanak Kanak Terbaik :  Rayqal Iskandar - Lelaki Harapan Dunia

14. Sinemortografi Terbaik : Eric Yeong - The Journey

15. Penyunting Terbaik : Adilan Azemi - Dollah Superstar

16. Filem Box Office : The Journey

17. Karyawan Sepanjang Zaman : Othman Hafsham

18. Anugerah Khas Juri 1 : The Great Lion

19. Anugerah Khas Juri 2 : Amir & Loqman Pergi Ke Laut

20. Anugerah Khas Juri 3 : Terbaik Dari Langit
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/09/05/ffm/
__________________________________________EnD

1 comments:

Anonymous said...

Salam,

My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

Thanks :)