Saturday, April 30, 2016

BAPA SELAMAT ANAK SELEPAS TALI PINGGANG ROLLER COASTER ROSAK -(VIDEO)

30/04/2015 - 03:50pm

Assalam.....Buat pos sikit...haha...pe khabar buat rakan2 semua!

____________________

Bapa Selamatkan Anak Selepas Tali Pinggang Roller Coaster Rosak

Jumaat, 29 April 2016 5:51 PM


TEXAS: Satu video menunjukkan pengalaman seorang budak lelaki berusia enam tahun menaiki roller coaster menjadi viral selepas tali pinggang keselamatannya tidak berfungsi di pertengahan jalan, memaksa bapanya memegang erat anaknya itu untuk 'perjalanan' seterusnya.

Delbert Latham dan anaknya, Kaysen, telah melawat Taman Hiburan Wonderland di Amarillo, Texas, pada Jumaat dan menaiki roller coaster Mouse Trap untuk pusingan kedua dalam kejadian itu, lapor berita tempatan KVII.
PHOTO: Delbert Latham had to hold his 6-year-old for the duration of a roller coaster ride after the selt belt malfunctioned. A view of the Wonderland Amusement Park in Amarillo, Texas.
http://abcnews.go.com/US/dad-grabs-son-seat-belt-malfunctions-mid-ride/story?id=38705341
Kedua-dua mereka diletakkan di tempat duduk yang sama pada pusingan pertama, tetapi apabila Latham menyelak tali pinggang keselamatan anaknya, dia mendapati ia tidak diketatkan dengan betul, katanya kepada KVII.

"Saya hanya fikir saya meng'klik'nya tidak cukup baik," kata Latham.


"Saya mengklik semula dan mengetatkannya. Ia dalam keadaan baik. Tidak ada masalah dengannya."

Ketika kali pertama roller coaster itu membuat penurunan, Latham berkata dia dapat merasakan tali pinggang keledarnya terbuka dan pergerakan ketika itu telah membuatkan Kaysen tercampak ke bahagian bawah.

Dia kemudian merangkul anaknya dan memegangnya sepanjang perjalanan. Dia telah merakam perjalanan Kaysen untuk dilihat oleh isterinya, menurut KVII.

Dalam video itu, yang telah dikongsi lebih 4,000 kali di laman Facebook Latham sejak ia dimuat naik pada Jumaat, ekspresi muka Kaysen kelihatan berubah daripada ceria kepada takut selepas dia tercampak ke bahagian bawah.

"Saya dapat memegang awak," Latham memberitahu anaknya dalam video itu. "Awak selamat. Saya janji. Tiada lagi bukit-bukit besar."

Latham berkata dia tidak sedar bahawa dia masih merakamkan kejadian pada ketika itu.

"Saya hanya cuba pastikan bahawa dia dapat bertahan dan tidak mula panik atau cuba untuk bergerak kerana saya tahu bahawa terdapat satu lagi penurunan," katanya.

Selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu, pengendali di situ memohon maaf kepada keluarganya dan berkata ia berlaku 'kadang-kadang', menurut KVII.

Orang ramai dibenarkan terus menaikinya, tetapi tidak mengambil tempat duduk yang diduduki Latham dan anaknya sebelum ini.

"Itulah yang membuatkan saya lebih marah," kata Latham, sambil menambah taman hiburan itu sepatutnya menutup permainan itu untuk pemeriksaan keselamatan.

Pada 2014, empat orang cedera apabila menaiki permainan yang sama, lapor KVII, memetik laporan kecederaan Jabatan Insurans Texas.

Dalam satu kenyataan media, taman tema itu berkata pemeriksaan keselamatan telah dilakukan.

"Wonderland segera melihat semula tempat duduk yang dinaiki Latham pada waktu petang selepas kejadian itu dan segera mengeluarkannya dan memastikan semua tali pinggang keledar yang lain dalam keadaan yang betul. Mouse Trap kembali beroperasi sepenuhnya padaSabtu."

Latham memberitahu KVII bahawa dia telah ditawarkan 'beberapa pas tawaran menarik jika saya mahu kembali', tetapi dia tidak akan berbuat demikian.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/04/29/bapa-selamatkan-anak-selepas-tali-pinggang-roller-coaster-rosak/

__________________________________EnD_______

0 comments: