Friday, May 13, 2016

ANAK KAMBING JOHOR TIADA DNA MANUSIA

13/05/2016 - 11:57pm

Assalam...
Kuasa Allah berbagai-bagai...

____________________

Anak kambing tidak ada DNA manusia

13/05/2016




PUTRAJAYA - Kajian terhadap anak kambing ganjil yang dilahirkan menyerupai wajah manusia mendapati haiwan itu tidak mempunyai genetik atau asid deoksiribonukleik (DNA) manusia.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Vaterinar, Datuk Dr. Kamarudin Md. Isa berkata, anak kambing itu sebenarnya mengalami kecacatan semasa di dalam rahim ibunya.
"Bedah siasat yang dilakukan ke atas bangkai anak kambing berkenaan pada 26 April lalu di Makmal Vaterinar Johor Baharu mendapati genetik kambing berkenaan adalah abnormal.
"Perkara ini adalah lumrah dan ia juga boleh terjadi kepada manusia. Sebenarnya anak kambing berkenaan juga sudah mati di dalam kandungan ibunya apabila kita jalankan pemeriksaan ke atas paru-parunya.
"Peratusan untuk kejadian ini berlaku lagi adalah amat rendah dan tidak sampai satu peratus pun," katanya ketika Sesi Dialog bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar bersama media di Wisma Tani dekat sini hari ini.
Baru-baru ini, kisah anak kambing tersebut menjadi viral di media sosial kerana wajahnya yang dikatakan menyerupai bayi manusia.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz48YGI8oQc 

______________________EnD__________
 

1 comments:

el said...

subhanallahh
ada iras2 muka baby