Sunday, May 22, 2016

PENJAGA ZOO TERPAKSA TEMBAK MATI DUA EKOR SINGA -SANTIAGO

22/05/2016 - 05:44pm

Assalam...Kesian singa-singa tu...tak pasal-pasal...apapun nyawamanusia lebih berharga dari binatang, itu moralnya! (Walaupun manusia kadang2 lebih buas dari binatang..)

________________

Zoo Tembak Mati Singa Selepas Lelaki Mahu Bunuh Diri Dalam Kandang

Ahad, 22 Mei 2016 


SANTIAGO: Sebuah zoo di ibu negara Chile terpaksa menembak mati dua singa pada Sabtu bagi melindungi seorang lelaki yang mahu membunuh diri selepas memasuki kandang haiwan berkenaan.
Tindakan lelaki yang cuba membunuh diri itu mengejutkan para pengunjung.
Ketua Zoo Santiago, Alejandra Montalva memberitahu rangkaian televisyen TVN bahawa protokol keselamatan dilaksanakan serta-merta selepas kakitangan melihat seorang lelaki menuruni ke kadang singa dari Afrika itu dengan menggunakan tali.
The attack occurred in full view of visitors, who could only watch in horror as the man was mauled and the lions - one male, one female - were killed
Sumber:http://www.dailymail.co.uk/news/article-3602819/Naked-man-jumps-zoo-s-LION-enclosure-suicide-bid-survives-grave-condition-two-beasts-mauling-KILLED.html
Dua haiwan karnivor tersebut, satu jantan dan satu betina mempunyai naluri untuk menyerang dan perlu ditundukkan.
Beliau menjelaskan bahawa peluru pelali tidak dapat menghentikan serangan serta-merta.
"Kami masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana haiwan-haiwan di zoo merupakan sebahagian daripada keluarga kami," kata Montalva.
"Ia merupakan singa yang telah bersama kami selama lebih 20 tahun."
Lelaki yang mahu membunuh diri itu dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. - AFP
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/05/22/zoo-chile-bunuh-singa/


___________________________END___________________________

0 comments: