Wednesday, August 17, 2016

PROJEK TERMINAL PERIKANAN BERSEPADU KEDAH (KIFT) DILULUSKAN ....

17/08/2016 - 08:38pm

Assalam...
Bolehler dapat tuna murah kot, sanwich boleh turun harga....apapun biarlah ia dapat membantu rakyat!
__________________________
KIFT Akhirnya Dapat Kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara
August 17, 2016


Image result for gambar ikan tuna di port

gambar hiasan



ALOR SETAR, 17 Ogos (Bernama) -- Projek Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) yang bernilai kira-kira RM3 bilion akhirnya mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan dijangka mula menerima pendaratan ikan tuna pertama pada tahun hadapan.

Exco Pelaburan Kedah Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata kelulusan itu diperoleh pada 21 Julai lepas dalam mesyuarat bersama MPFN, dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



inilah kehebatan perempuan..huhu


Jelasnya, proses mendapat kelulusan itu bukanlah suatu perkara yang mudah dan perlu melalui perbincangan dengan pelbagai pihak antaranya Jawatankuasa Kawal Selia, Jawatankuasa Teknikal dan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kerajaan negeri sangat komited dalam merealisasikan projek ini yang dijangka mampu memberi 3,000 peluang pekerjaan dan 10,000 peluang pekerjaan selepas 10 tahun projek ini dilaksanakan," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Pahrolrazi Zawawi (AMANAH-Pengkalan Kundor) yang mahu tahu status terkini projek tersebut, komponen projek, anggaran kos, lokasi dan keluasan terlibat.

KIFT merupakan kerjasama antara kerajaan negeri dan sebuah syarikat China berpangkalan di Qingdao, Lu Hai Feng Ltd untuk membina pelbagai kemudahan penangkapan dan pemprosesan ikan tuna.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta tersebut akan menjadi pangkalan bagi kapal-kapal menangkap ikan tuna yang beroperasi di Lautan Hindi.

Ku Rahman berkata projek yang akan dibangunkan di pesisir pantai di antara Taman Bersatu di Kuala Kedah hingga ke Kampung Tebengau, Mukim Kuala Kedah itu melibatkan jumlah keluasan konsesi 2,340 hektar dan 80 peratus daripada jumlah itu katanya ialah kawasan air dan laut.

Pembangunan KIFT itu katanya, turut akan memberi manfaat kepada nelayan tempatan melalui pewujudan terminal pendaratan ikan domestik yang membolehkan aktiviti nelayan tempatan tidak terjejas serta pewujudan industri hiliran untuk penduduk setempat.

Ku Rahman berkata antara kemudahan yang bakal dibina di KIFT ialah taman industri makanan laut, kemudahan sejuk beku dengan suhu sehingga 60 darjah celsius dan pusat lelongan ikan tuna seperti yang terdapat di Pasar Tsukiji, Tokyo.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (BEBAS-Ayer Hitam) yang mahu tahu adakah kemungkinan projek tersebut akan dipercepatkan, Ku Rahman berkata tiada sebab untuk kerajaan negeri melambatkan projek tersebut memandangkan ia telah mendapat sokongan kerajaan pusat sepenuhnya.

"Kerajaan pusat menyokong sepenuhnya projek ini dan selepas ini kami perlu melalui pelbagai penilaian melibatkan alam sekitar, ekonomi dan sosial serta trafik," katanya.

-- BERNAMA

Ref :http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=ut&id=1273776
Ref:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/qingdao-labur-rm3-bilion-projek-kift-1.447058

_________________________________EnD__________________

0 comments: