Sunday, October 2, 2016

KWSP TETAPKAN RM228,000 SEBAGAI SIMPANAN MINIMUM

02/10/2016 : 07:24am

Assalam....Salam Maalhijrah...

__________________

KWSP Tetapkan RM228,000 Sebagai Simpanan Minimum


Image result for kwsp gambar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan yang jumlah simpanan asas akan disemak semula daripada RM196,800 kepada RM228,000 berkuat kuasa 1 Januari 2017. 

Jumlah itu akan ditetapkan sebagai sasaran minimum simpanan KWSP yang ahli perlu miliki apabila mereka mencapai usia 55 tahun, katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. 

Simpanan asas itu merujuk kepada jumlah yang dianggap cukup bagi menyokong keperluan persaraan asas ahli selama 20 tahun daripada umur 55 ke 75 seiring dengan jangka hayat rakyat Malaysia. 

Kuantum baharu itu ditanda aras terhadap pencen minimum untuk kakitangansektor awam, yang dinaikkan daripada RM820 kepada RM950 sebulan daripada usia 55hingga 75.

"Kuantum simpanan asas KWSP itu disemak semula secara berkala mengikutpencen minimum kakitangan sektor awam, atau setiap tiga tahun, yang mana lebih awal, dengan semakan terakhir berkuat kuasa pada 2014," kata Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat, Nurini Kassim. 

Berikutan kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang lebih panjang dan kadarinflasi lebih tinggi, KWSP telah memutuskan untuk menyemak semula simpanan asas kepada RM228,000 daripada RM196,800. 

"Sejajar dengan itu, ahli ahli perlu mempunyai simpanan lebih tinggi dalam akaun KWSP mereka untuk layak menyertai Skim Pelaburan Ahli (SPA) KWSP,"katanya.   

Skim itu menawarkan ahli dengan pilihan meningkatkan simpanan persaraandengan menempatkan sebahagian simpanan KWSP mereka dalam Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana unit amanah atau melalui mandat swasta diuruskan institusi pengurusan dana (IPD) di bawah SPA KWSP. 

Menurut Nurini, simpanan asas itu akan diguna sebagai panduan untuk ahli menentukan jumlah dibenarkan bagi dipindah untuk pelaburan di bawah skim tersebut.

Berkuat kuasa 1 Januari 2017, jumlah yang layak untuk ahli melabur di bawah SPA KWSP telah dinaikkan sehingga 30 peratus daripada simpanan asas mereka daripada Akaun 1, berbanding 20 peratus sekarang ini. 

"Sebelum menyertai skim ini, ahli KWSP perlu membaca prospektus dan dokumen pendedahan untuk memahami sepenuhnya produk pelaburan tersebut dan perlu berbincang dengan penasihat kewangan profesional. 

"Ahli dengan i-Akaun juga boleh merujuk kepada Portal Maklumat SPA KWSP untuk butir terperinci mengenai dana unit amanah di bawah skim itu, di samping IPD yang menguruskan dana unit amanah terlibat," kata Nurini.-Bernama

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/09/30/kwsp/

_______________________________________END______________

3 comments:

MBAH JAYA WARSITO said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2138] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.


Rezeki Bola said...

mantap gan koleksinya

RezekiBola
PokerJempol

Unknown said...

One Situs judi bola two Situs judi online terpercaya three judi poker online terbaik heart poker online bonus member baru running poker online terbaik vegas warungplay quuen dadu online uang asli slot judi slot uang asli home judi slot online excel slot online uang asli please situs judi slot online you slot online remember Slot Online information Situs Judi Slot Online Uang Asli personal Roulette online uang asli strategi judi rolet enter casino online song judi casino online android if you dadu online uang asli loser judi dadu online android hot sicbo dadu online add baccarat online make Dadu Online Uang Asli image Sicbo Online yelow Judi Live Casino Online