Showing posts with label BERITA ARTIS. Show all posts
Showing posts with label BERITA ARTIS. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

AL FATIHAH - SENIWATI AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA

18/12/2013-12:05am
Assalam...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Semuga rohnya di cucuri rahmat dan di tempat orang2 yang solehah.
Al Fatihah.

__________________________
Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia
Rabu Disember 18, 2013


Foto kenangan Azean dan suaminya.
PETALING JAYA: Pelakon Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya.
mStar Online dimaklumkan pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.
Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, di sini.
_________________Al Fatihah_________EnD

Sunday, August 4, 2013

ROSNAH MOHD NOOR (BEKAS ISTERI PENYANYI DANGDUT-IWAN) MENINGGAL DUNIA

04/08/2013-04:17pm
Assalam...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al Fatihah....Yang hidup pasti mati....
____________________________
Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia
Rosnah Mohd Noor
PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.
Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.