Thursday, October 13, 2011

GEMPA BUMI 6.1MAG MELANDA BALI INDONESIA (13/10/2011), TIADA AMARAN TSUNAMI (VIDEO)


13/10/2011-06:45pm
Salam.
Bila Allah takdirkan....

___________________
Gempa Bumi Bali, 50 Dikhuatiri Cedera
Khamis Oktober 13, 2011 MYT 2:18:02 PM

Atap Rumah Sakit Kasih Ibu berjatuhan akibat gempa di Denpasar, Bali, Kamis (13/10). Gempa bumi ber kekuatan 6,8 SR mengguncang Bali. Foto: Antara/Puspa Perwitasari 
http://us.foto.vivanews.com/read/4663/64391-bali-diguncang-gempa-berkekuatan-6-8-sr
BALI: Gempa bumi kuat yang melanda sebuah kawasan percutian popular Indonesia, di sini, Khamis, telah menimbulkan panik dan mencederakan sekurang-kurangnya 50 orang awam termasuklah patah tulang dan luka di kepala.

http://forum.kompas.com/jawa/44101-foto-dahsyatnya-gempa-di-bali.html
Saksi-saksi di tempat kejadian memberitahu stesen radio dan televisyen tempatan bahawa mereka melihat beberapa buah rumah dan bumbung rumah roboh, selain beberapa buah kuil di sepanjang persisiran pantai pecah berderai akibat gegaran tersebut.

http://forum.kompas.com/jawa/44101-foto-dahsyatnya-gempa-di-bali.html
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gegaran berskala 6.0 magnitud itu bertumpu pada kira-kira 60 batu (100km) di bahagian barat daya pulau itu sehingga (36 batu) 60km di paras dasar laut.
Walaupun ia tidak cukup kuat untuk mencetuskan tsunami, gegaran itu boleh dirasai oleh pulau-pulau berdekatan iaitu Jawa dan Lombok.
"Saya terjatuh daripada motosikal akibat gegaran itu," kata seorang penduduk tempatan, Miftahul Chusna.
Pegawai perhubungan awam Hotel Sanur Beach, Candy Juliani berkata semua benda di dalam bangunan itu bergegar.
"Penginap-penginap hotel melarikan diri dalam keadaan panik.
"Kami sebenarnya mempunyai laluan kecemasan khas apabila berdepan dengan situasi begini tetapi semua orang menjadi cemas dan mengabaikan laluan tersebut," katanya.
Jurucakap hospital, Wayan Sudanti berkata sekurang-kurangnya 50 orang tercedera, mengalami luka di kepala dan patah tulang.

http://forum.kompas.com/jawa/44101-foto-dahsyatnya-gempa-di-bali.html
Wakil agensi bencana tempatan, I Gede Tejo berkata pesakit-pesakit itu termasuklah 12 pelajar dan tiga guru yang cedera apabila siling bangunan sekolah tinggi mereka roboh.
Bentuk muka bumi Indonesia yang direntangi garis-garis gelinciran yang tidak sekata menjadikan negara itu mudah dilanda kejadian gunung berapi dan aktiviti gelombang seismos.
Gempa bumi terkuat melanda negara itu pada 26 Disember 2004 di Aceh telah mencetuskan tsunami di Lautan Hindi yang meragut 230,000 nyawa. - AP
________________________________

REVISION OF EARTHQUAKE INFORMATION
Issued by Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
at 11:43 AM 13 October 2011
  This is a revision of the earthquake information issued at 11:28 am
  A strong earthquake has occurred with these revised parameters:
  Time of Occurrence : 11:16 am on 13 October 2011
  Coordinates : 9.9 South 114.5 East
  Location : South of Bali Island.154km Southwest of Denpasar,Indonesia.1350km Southeast of Kuching, Sarawak
  Magnitude : 6.1 on Richter scale
  Assessment
  No tsunami threat
  This will be the final information issued by the department for this event unless there are further developments or additional information becomes available

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1324&Itemid=563

____________________End
CERITA BARU




MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: