Thursday, October 13, 2011

HANTU SUKA TENGOK HANTU - KITA PUN SUKA?


13/10/2011-06:10am

Salam.
Setuju dengan saudara Azwan. Ketakutan anak juga dicipta dari sikap ibu bapa yang menakutkan anak bila ingin menghalang mereka membuat sesuatu seperti,"Jangan main kat sana, nanti ada .......". Apapun ibu bapa juga perlu mengambil langkah tegas pada  anak2 mereka (kadang2 ibunya pun sama..huhu).Bak kata seorang kawan,kalau kita tengah menonton cerita hantu, sebenarnya di keliling kita ramai hantu tengok sekali kerana mereka suka tengok orang yang hodoh,bagi mereka cantik-WAllahu'alam.

_____________________________

Filem seram punca anak jadi penakut


2011/10/13

Hantu popular-mamatasnim.blogspot.com


PENERBIT drama dan filem kini nampaknya semakin berlumba-lumba menghasilkan cerita bercorak seram. Tak kiralah seram serius mahupun seram komedi. Yang penting ada tema seram. 

Akibatnya, anak saya yang berusia lima tahun kini jadi terlalu takut untuk ke tandas. Saban hari kami mendengar cerita mengenai apa ditonton oleh kawannya di tadika. Itu baru mendengar cerita. Bagaimana agaknya jika dia sendiri menonton.
Tahap ketakutannya bukan setakat hendak ke tandas, disuruh masuk bilik yang tidak dipasangkan lampu pun dia tidak berani, sedangkan saya hanya berada di luar bilik.
Terbaru, sejak bulan puasa lalu, cikgunya memberitahu untuk menganjurkan rombongan ke Sungai Klah Hot Spring hujung bulan ini. Maka dia pun beria-ia hendak pergi. Semalam dia mengubah fikirannya dan berkata, ‘Kita tak payah pergilah ayah, Jimat duit ayah.’ 

Saya pun jadi hairan. Apabila ditanya mamanya dia menceritakan yang kawannya memberitahunya dekat kolam mandi itu ada tangan ghaib akan tarik kaki budak masuk tempat dalam. 

Apabila disiasat rupanya kawannya itu tidak pergi dan mungkin ibu atau bapanya menakut-nakutkannya dengan bercerita hal sebegitu. 

Ada juga kes ibu bapa menakut-nakutkan anak sebegitu. Kenapalah minda anak yang masih kecil ini perlu disogokkan perkara sebegini? Penggiat filem dan drama tempatan, sudah tidak ada cerita lain ke? 
Kementerian yang bertanggungjawab pula membenarkan cerita sebegini banyak merosakkan minda penonton. Secara peribadi saya tidak nampak apa pun kebaikannya. Kenapa dulu tidak boleh dan sekarang boleh. Ini membuatkan anak saya dulu berani, kini menjadi penakut. 

AZWAN, 
Dengkil, Selangor.
 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Filemserampuncaanakjadipenakut/Article/
________________________End

CERITA BARU

MENARIK! MESTI BACA!

Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
http://stewardjohn.com/

0 comments: