Saturday, November 19, 2011

DRAMA KANCIL MANA PELANDUK? (SEMPENA CUTI SEKOLAH)

19/11/2011-06:55am
Salam.
Menonton drama2 sempena cuti sekolah nie membuatkan aku kembali muda semula dan mengundang banyak kenangan silam...aku amat minat dengan drama2 sebegini yang bagus dan membuatkan fikiran ku santai, lebih2 lagi jika ada unsur humor di dalamnya.Drama Kancil mana Pelanduk? nie pasti best....pelakonnya pun aku suka.Masa untuk jadi muda (lepak bersama anak2)...hahahha
__________________________
Drama Kancil Mana Pelanduk? Sempena Cuti Sekolah
Sabtu November 19, 2011
PETALING JAYA: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 menyiarkan sebuah drama menarik bertajuk Kancil Mana Pelanduk pada 25 November 2011, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra.
Drama ini bertujuan membangkitkan semangat kepada murid sekolah yang bercadang mengikuti kem bina semangat pada cuti sekolah ini.
Drama ini mengisahkan watak Amran dan kawan-kawannya berlari merentasi pelbagai halangan yang disediakan di sebuah kem bina semangat. Ada yang terjatuh dan ada yang keletihan tetapi dipaksa oleh Cikgu Latif dan Cikgu Saleha supaya mereka meneruskan latihan.
Dalam kem tersebut mereka dibahagikan kepada dua kumpulan diketuai oleh Amran dan Sabri.
Pada sebelah malamnya pula, Cikgu Latif mengumumkan satu permainan akan diadakan pagi esok yang dikenali dengan permainan `kancil, kancil, di mana pelanduk? Dua kumpulan ini dikehendaki mencari dan menyelamatkan pelanduk yang kononnya telah terperangkap dalam perangkap pemburu.
Kumpulan mana yang terlebih dahulu dapat menemui dan menyelamatkan pelandok berdasarkan peta dan petanda-petanda yang telah diletakkan, akan berpeluang mewakili sekolah untuk menyertai Perkhemahan Pengakap Kebangsaan.
Berjayakah mereka menjayakan misi tersebut? Saksikan babak-babak mendebarkan lakonan Arman Graseka, Bienda, Azhari Azizan dan Fieqa Malek ini dalam drama Kancil Mana Pelanduk di TV2.
________________________________End
CERITA BARU

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Nak gak layan ngan anak, tp kami keluar kaw... Adik ipar kawin kt Penang, xtau sempat layan tv ke x....