18/11/2011-06:40pm
Salam..
Esok cutikan...
______________________
Zee Avi Sebak Dihadapan 2,000 Peminat
KUALA LUMPUR: Penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Zee Avi sebak semasa mengakhiri konsert jelajahnya di Kuala Lumpur pada malam Khamis.
Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 25, terharu dengan kehadiran lebih 2,000 peminat yang memenuhi ruang KL Centre untuk siri konsert jelajahnya di Malaysia.
"Saya benar-benar terharu dengan sokongan semua peminat di Malaysia, terima kasih kerana datang," ujarnya.
Memulakan persembahan tepat pada pukul 10 malam, Zee Avi muncul dipentas sambil menari tarian tradisional tempat kelahirannya, Sarawak dan mendapat sorakan gemuruh daripada peminat.
Nyata Zee Avi tidak melupakan asal usulnya kerana pada tiga lagu pertama yang didendangkan iaitu Milestone Moon, 31 Days dan Swell Window, Zee turut menyelitkan beberapa elemen muzik tradisional Sarawak bagi memberi rencah tempatan pada lagu-lagunya.
Bernaung di bawah label Jack Johnson’s Brushfire Records & Ian Montone’s, dia kembali ke Malaysia selepas kali terakhir berada di negara ini pada tahun lalu.
Kemantapan vokal penyanyi genit itu juga tidak perlu dipertikai kerana Zee Avi berjaya menyampaikan sebanyak 13 lagu dengan baik.
Zee Avi juga sempat menyampaikan sebuah lagu daripada Foster The People berjudulPumped Up Kicks yang nyata berjaya menarik perhatian para peminatnya.
Antara lagu lain yang dipersembahkan adalah Just You and Me, Madness, Mojo, Siboh, Bitter Heart, Concrete Wall, Honey Bee, Clouds, Roll Your Head dan single yang telah mempopularkannya, Kantoi.
Secara keseluruhannya, Zee Avi berjaya menonjolkan identitinya sebagai seorang penyanyi bertaraf antarabangsa kepada peminatnya di Malaysia yang berkumpul seawal pukul tujuh petang.
Keupayaannya mengalunkan pelbagai alat muzik memberikan kelebihan kepadanya untuk menarik minat penonton menyaksikan aksinya yang lincah di pentas.
Dibawakan oleh Livescape Asia, penyanyi baru, Narmi atau lebih dikenali sebagai Imran (pemain drum kumpulan One Buck Short) terlebih dahulu menghiburkan penonton dengan lima buat lagu iaitu Tweet In Defiance, Cair, Chasing, Trying to Sleep, Whril dan The Roada Home sebagai pembuka tirai konsert.
Selain Kuala Lumpur, anak jati Sarawak itu bakal mengadakan dua lagi konsert di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang pada 18 November dan Former Dewan Undangan Negeri pada 26 November untuk di Kuching, Sarawak.
____________________________________End
CERITA BARU
- BAYI MENINGGAL DUNIA PADA HARI PERTAMA DIHANTAR KE TASKA
- QALISHA RAY TIDAK MAHU DIBAYANGI OLEH KIM KARDASHIAN
- IBU SURUH SUAMI PERKOSA ANAK GADISNYA
- IKAN PIRANHA MENYERANG DAN MENGIGIT 15 PERENANG
- GARA GARA HANTARAN , PERKAHWINAN PADA 11.11.2011 HANCUR BERKECAI
- TIDAK DIBERI WANG RM10 UNTUK BERJUDI, IBUBAPA DIHALAU KELUAR DARI RUMAH
- DEWI PERSIK BUKA RAHSIA JULIA PEREZ-GUNA GEL BESARKAN PAYUDARA
- GURU MATEMATIK MENGAKU BERONANI DALAM KELAS SEJAK 10 TAHUN LALU
- SURAT CINTA BERUSIA 4200 TAHUN
- DIHALAU KELUAR DARI BAS SELEPAS RAMAS PAYUDARA PELAJAR PEREMPUAN
- PERTANDINGAN MENARI SEPARUH BOGEL, HADIAH RM600 DAN SEBOTOL MINUMAN KERAS
- GAMBAR POPE BENEDICT XV1 BERCIUM DENGAN IMAM MASJID AL AHZAR DIKECAM
2 comments:
ermm, xtau pong kewujudan dia... mesti best ni, nk cr youtube sat g :P
Melati Qistyna's Mummy;dah lama juga dia top kat luar negara...lebih kurang sama masa dgn Yuna!
Post a Comment