Dari entri makanan aku cuba buat entri berinfomasi (yang aku rasa penting disampaikan pada publish) memandangkan bulan puasa nie...agar dapat menjadi pedoman terutama kita sesama muslim...walaupun entri aku hanya bercorak memanjangkan(copy) cerita dari blog oranglain...bagi aku niat adalah penting dan bukan laba yang dicari dalam hal-hal sensitif begini.Apapun cerita tentang fastfood ini....perlulah diingat kita seharusnya mengurangkan pengambilan makanan sebegini dalam hidup kita dan anak2 kita...memandangkan makanan juga menyumbang kepada gejala sosial dan tingkahlaku serta fikiran manusia...apapun terserah pada kita semua...apa yang penting ialah makanan yang status HALALnya tak perlu dipertikaikan....dan hati kita langsung tiada was-was atau terdetik bila memakannya...hanya kita yang tau apa kata hati kita.....apapun jom baca...entri ini adalah sebagai entri mutakhir yang aku baca dari:
Jom kita baca dan lepas tu anda tak perlu was-was lagi....jika was-was juga,belilah ayam,sembelih dan goreng sendiri...itulah usaha yang paling baik sekali untuk makanan anak2 kita...senyum..BACALAH!
MC DONALDS CONFIRM HALAL - JAKIM
Setelah pelbagai cerita keluar tentang isu ni, ramai pihak mula memandang negatif terhadap Mc Donalds.. lantas untuk mengetahui lebih mendalam isu ini ramai orang telah menghubungi pihak JAKIM sendiri.. termasuklah seorang blogger iaitu sitikus..
Beliau telah menghubungi JAKIM sendiri dan dengan ini pihak JAKIM telah mengesahkan bahawa McDonald adalah HALAL!!
Apa yang terkandung dalam n3 sebelum ni juga adalah benar tetapi membawa maksud yang lain sebenarnya..
Menurut Encik Zahid, seorang tetamu di blog sitikus..
1. Pada asalnya, MacFood mengambil bekalan daging dari Uruguay kerana pembekal di sana dapat pengiktirafan halal JAKIM
2. Bila pengiktirafan kepada pembekal daging dari Uruguay ditarik balik, JAKIM LALU MENGELUARKAN SURAT KEPADA MACFOOD UNTUK MEMBERI PERHATIAN DAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG PERLU (dinyatakan dalam surat)
3. MacFood BUKAN pemproses daging, tapi membawa bekalan daging dari Uruguay tu untuk restoran McD. Bila dah JAKIM keluarkan surat tu, MacFood tidaklah lagi mengambil stok dari sana…tukar kepada pembekal daging yang lain. (pembekal baru aku xtau, tanya McD).
4. Dalam hal ini, surat tu BUKAN surat tunjuk sebab kepada MacFood bekalkan daging xhalal, tapi surat memaklum yang MacFood jangan ambik dah daging dari Uruguay. Kene ambil tindakan (…tindakan tu maksudnya kene cari pembekal lain lah)
surat tu bertarikh 10 April, JIKA Mac Food ingkar arahan JAKIM tu, dah pasti sijil halal Mac Food dan McDonald dah ditarik balik..
Dan jika masih ada yang tidak jelas bolehlah menghubungi pihak JAKIM..
Korang boleh call nombor ni 03-8886 4000 tapi dia akan bagi nombor direct pergi ke bahagian penguatkuasa halal di nombor ini 03-83150200.
Untuk cerita lebih lanjut anda boleh ke blog SITIKUS
Bagi aku adalah tak salah jika sesuatu isu yang diterima menerusi email dibentangkan di sini dan mendapat reaksi dari orang ramai dan selanjutnya diperdebatkan sehinggalah mendapat satu jawapan yang PASTI berbanding jika kita hanya membaca dan menyebarnya di email2 yang mana kebanyakkan mereka ini menelan sesuatu berita itu bulat2..
Credit to: Sitikus So....Its up to you...what should to be told was done already!That's the Muslim way....