Terkonang semasa dulu...
Salam.......hidup penuh dengan babak2 yang membuatkan ia menjadi indah....tapi harus diingat hidup didunia ini umpama sesebuah drama yang harus ditamatkan bagi mendapat ganjaran di akhirat nanti...ternyata balasan baik di akhirat nanti jauh lebih baik....
Apakah erti sebuah perkahwinan.......
Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.
(http://www.jais.gov.my)
Umpama membina sebuah masjid......
Sentiasa berdoa padanya.....
Agar dimudahkanNYA...dan dijauhkan segala bala.......
Seperti kau dapat memilih bunga mengikut warna kegemaranmu..
Dari jauh aku mendoakan buat pasangan DILA dan Eman agar berbahagia hingga ke negara akhirat hendaknya....tahniah dan
SELAMAT PENGANTIN BARU
Sabtu,6 November 2010 (29 Zulkaedah 1431 Hijrah)
Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
~Who want to wish them...come wish here.....!!!~
13 comments:
huhu...Assoy..so sweet...
tu la len.... sweet kan, seorg sahabat yg caring...
owh minggu lg skali ekk, wish both of them, 'selamat pengantin baru' smg bahagia dan kekal 4ever... Amin....
musim kawen la ni hehe
wuahhhh krole doakan agar kedua2nya mengecapi kebahagian smpi bila2...wuahhh nicenye assoy~
harga telur naik lagi..aparaaa!!!
selamat pengantin baru,semoga berbahgian hingga ke anak cucu cicit dan cucut.hehe.Amin.hehe
wahhh assoy tq very much...
aku lari laju2 sambil kesat air mata... =)
Selamat pengantin Baru buat yang bakal mendirikan rumah tangga.. Ha miss, kami ucap awal tau ni...
Selamat pengantin baru. Semoga berbahgia.
selamat pengantin baru & dipanjang jodoh hingga keakhir hayat :)
selamat pengantin baru!! sedih xdpt mkn nasi myk :(
selamat pengantin baru.. make bmule la 1 perjalanan yg penuh dgn cabaran n tanggungjawab..fuyoo!!betul ke wa yg wat ayat ni..hikhik
mr.curly;macam nie...bermulalah XYZ....ke ABC semula huhu
Post a Comment