Thursday, March 24, 2011

NEAR THE ELECTION :PESARA KWSP DAPAT PERUBATAN PERCUMA..

24/03/2011-11:18pm

Mungkin aku paparkan kenyataan ini terlambat sedikit tapi apa istimewanya apa yang Datuk najib umumkan ini aku pun tak pasti...tapi akupun tak feel apa-apa fasal aku seorang pekerja sektor swasta...
gambar hiasan

22 Mac 2011


PENJAWAT AWAM (PESARA KWSP) DAPAT PERUBATAN PERCUMA

Bernama
22/03/2011 12:13pm

PUTRAJAYA 22 Mac - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.
Keputusan kerajaan yang berkuat kuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12, di sini, hari ini.
"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa,” katanya.
Najib berkata, pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib. - Bernama
 Source/Read more:http://cuepacs.blogspot.com/

Yang aku tak fahamnya bukankah penjawat awam (orang gomenlah) memang dah ada keistimewaan macam nie...dan bila lagilah kerajaan nak bagi sesuatu kat pekerja swasta yang asyik bayar itu ini...apapun apa yang PM umumkan itu taklah menarik sangat...apa kata anda!?


Sometimes when an influential man promise something, 
its look very big thing even its only a small thing like a rice
Sometimes the man voice not so loud,its become louder becoz an expensive microphone...

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

hmmm tu lah, cheq pon x terasa angin nyer pon...hehehehe

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy said..betulx3...huhu