28/03/2011-11:35pm
Isnin Mac 28, 2011
Larangan Loteri Di Kelantan Kekal
KOTA BARU: Pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep di negeri ini adalah kekal.
Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azlan Abdul Halim telah memaklumkan kepada kerajaan negeri bahawa mereka telah bertindak di dalam lingkungan kuasa mereka dalam menguatkuasakan larangan tersebut.
Perkara ini telah disahkan oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan kepada para pemberita, Isnin.
Beliau berkata, Azlan memaklumkan perkara ini selepas menerima arahan daripada menteri besar untuk mengkaji sama ada keputusan untuk mengharamkan penjualan tiket loteri itu bercanggah dengan undang-undang atau tidak.
“Oleh yang demikian, keputusan untuk mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri ini adalah kekal,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pihaknya telah mengarahkan para peguam parti itu mengkaji kemungkinan membawa kes ini ke mahkamah kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.
Published: Isnin Mac 28, 2011 MYT 7:48:00 PM
Pengharaman Loteri Di Kelantan Tindakan Terburu-buru - Tengku Razaleigh
GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS Kelantan mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan sebagai tindakan terburu-buru.
"Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat sini, Isnin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 17 Mac lalu yang meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep' di negeri itu.
Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lepas.
DAP dan MCA membantah tindakan berkenaan dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam.
Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.
"Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang," katanya. - BERNAMA
Source:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/28/mstar_berita/20110328194725&sec=mstar_berita
---------------------------------------------------------
PAS kekal haramkan jualan tiket loteri
March 28th, 2011 | by admin |Bagiamanapun pengerusi DAP Karpal Singh berkata jualan tiket loteri bukan sesuatu yang haram dan juga bukan bidang kuasa kerajaan negeri yang menentukan larangan penjualan berkenaan.
Gosip skandal kasus PAS kekal haramkan jualan tiket loteri
Incoming search terms: gambar tiket loteri,----------------------------------------------------------------------------------------------------
Mengimbau kembali
Mengimbau kembali
Biarlah bangsa lain buat dulu...dok belakang dah ler ...janganlah beria2.. Sumber:http://tranungdaily.blogspot.com/2010/06/umno-kuala-terengganu-sokong-lesen-judi.html http://www.ohtidak.com/oh-umno-terengganu-sokong-judi-bola-sepak/ |
Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia
Isnin , 28 Mac 2011
2010/05/06
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KerajaantimbangberilesenpertaruhanPialaDunia/Article/index_hmtl
--------------------------------------------
Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
Surah Al- Baqarah, Ayat 219
surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yg artinya“Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adl kotor berasal dari perbuatan setan; oleh krn itu jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh krn itu apakah kamu mau berhenti?”
Original source:Al-Quran....Search sendiri ok!
Dont say yes if Allah say no! Dont play with it....
2 comments:
ada ke loteri kebajikan bg kita org islam???? huhuhu
Melati Qistyna's Mummy;huhuhu...srim kena kasi logo halal..
Post a Comment