Wednesday, March 30, 2011

NEAR THE ELECTION:MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN!-AMARAN KERAJAAN/"MENUKLEAR" MEMBAHAYAKAN NEGARA-AMARAN RAKYAT.

Loji Radioaktif: Liow Minta Pihak Berkuasa Jelaskan Pada Rakyat Sebelum Beri Lesen
KUALA LUMPUR: Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan kepada penduduk mengenai aspek keselamatan loji pemprosesan logam radioaktif 'rare earth' sebelum lesen dikeluarkan kepada Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd.
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan penduduk di kawasan sekitar tapak loji, terutamanya di Gebeng, Pahang mendapat jaminan keselamatan.
"Siapa saja yang berkuasa - LPTA (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom), kerajaan pusat, kerajaan negeri - sebelum keluarkan lesen mereka mesti beri penjelasan terperinci kepada umum.
"Ini supaya orang ramai tahu keadaan sebenar, tahu keselamatan mereka dijaga dan loji itu selamat. Kemudian barulah lesen itu dikeluarkan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini, Rabu.
Liow yang juga Menteri Kesihatan diminta mengulas kebimbangan penduduk kawasan Kuantan mengenai operasi loji tersebut.
Terdahulu, beliau bersama wakil Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Pahang serta Gabungan Persatuan Cina Pahang menemui Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili bagi menyerahkan memorandum meminta kementerian itu menjelaskan kepada penduduk berhubung perkara tersebut.
Liow turut meminta agar proses pemberian lesen dijalankan secara telus agar semua pihak mendapat maklumat yang jelas berhubung status loji.
Sementara itu, dalam satu kenyataan selepas pertemuan itu hari ini, Ongkili berkata kementeriannya akan mengadakan satu taklimat khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan anggota exco mengenai perkara tersebut di Bentong, esok.
Beliau juga menegaskan kementeriannya telah mengadakan penerangan awam mengenai projek sejak 2009.
Loji itu adalah pelaburan Lynas Corp Australia yang menubuhkan Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd bagi membina kilang memproses bahan nadir bumi yang digunakan untuk menghasilkan bahan mula bagi pembuatan produk berteknologi tinggi.
Pelaburan membabitkan nilai hampir RM700 juta itu diluluskan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia pada 12 November 2007.
Projek itu juga memerlukan kelulusan kerajaan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH) dan LPTA, serta melibatkan enam lesen kesemuanya.
Tiga daripada lesen ini adalah mengenai keselamatan radiologi di bawah LPTA iaitu Lesen Penempatan Tapak, Lesen Pembinaan dan Lesen Pengendalian.
Mengenai kebimbangan orang awam akan sisa radioaktif projek itu, Ongkili berkata Laporan Impak Radiologi LPTA menunjukkan paras sinaran radioaktif daripada sisa yang akan dihasilkan adalah di bawah had dibenarkan oleh LPTA dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Sehingga kini, fakta sains menunjukkan tiada sebarang kesan diketahui yang diakibatkan oleh sinaran radioaktif semula jadi daripada sisa tersebut," katanya. - BERNAMA

-------------------------------------------------------------------
Rabu, 23 Mac 2011

Syarikat Buang Radioaktif Kat Malaysia Diberi Pelepasan Cukai Selama 12 Tahun.

Gua tak tahu bagaimana bijaknya kerajaan Malaysia berniaga. 
Dahlah syarikat tersebut buang sisa toksik kat Malaysia, 
malah diberi pula pelepasan cukai selama 12 tahun. 
Kenapa syarikat tersebut tidak membuka kilang kat Australia jer. 
Kalau lu guna akal lu dengan betul, lu sendiri fikir kenapa 
kerajaan Australia tidak membenarkan operasi syarikat tersebut. 
Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan operasi sisa 
toksik tersebut....... Lu sendiri fikir ler...!!!
Kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji 
pemprosesan logam radioaktif tanah jarang (rare earth) 
di Gebeng, Kuantan, yang bernilai hampir RM700 juta, 
adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.

-----------------------------------------------------------------------------
Lynas Malaysia Sdn Bhd


OVERVIEW
Lynas Malaysia Sdn Bhd, is a subsidiary of Lynas Corporation Ltd, 
a multi-national, public listed company registered with the Australian 
Stock Exchange (code LYC). Our primary focus is to develop and lead 
the growth of the global Rare Earths industry by creating a reliable, 
fully integrated supply from mine direct to our customers. To realize 
our vision to be the world leader in Rare Earths, we are now constructing 
an Advance Materials Plant within the Gebeng Industrial Estate (GIE) 
in Kuantan, Pahang to process the ore from our mine in Mt Weld. 
Towards this end, we would like to invite applicants to join our 
dynamic team in this very exciting phase of carving Malaysia’s 
name to lead the growth in the Rare Earths industry.

----------------------------------------------------------------
Tapak Lynas






----------------------------------------------------------------

MCA wants government to reconsider nuclear plant

March 14, 2011



KUALA LUMPUR, March 14 — 
MCA president 
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek called 
on the government today to revisit 
plans to build a nuclear plant following the explosions to nuclear reactors 
in Japan after the March 11 earthquake and tsunami that devastated the 
country.
He said the government must re-evaluate nuclear power in the country.
“A nuclear plant is something new in Malaysia. From what happened in 
Japan of course it will alert the whole world of nuclear plants and the dangers. 
The government should relook as to whether there is a real necessity for 
the power plant.
“The problem is that a nuclear plant requires a lot of water so these 
are things which the government needs to relook,” he told reporters today.
Dr Chua (picture) stressed the government has yet to make a final decision 
on the plant and was confident that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak 
will revisit the proposal.






---------------------------------------------------
Radioaktif: Penduduk Kuantan sokong halang Lynas
Khairil Abdul Rahim  


KUANTAN, 21 Mac: Usaha Pakatan Rakyat menghalang 
operasi sebuah kilang dari Australia yang memproses nadir 
bumi (rare earth) atau logam lathanides yang mana sisanya 
boleh mengeluarkan radioaktif di kawasan industri Gebeng 
di sini, mula mendapat sokongan ramai.

Kelmarin, kempen “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan” 
yang diketuai Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang bermula 
di Pasar Tani Kuantan berjaya mengutip 500 tandatangan 
orang ramai.
(gambar) Fuziah Salleh ketika kempen Halang Lynas! 
Selamatkan Kuantan di Pasar Tani Kuantan.
Sementara dialog pada sebelah petangnya di Kuantan 
Comfrim Centre dihadiri lebih 300 penduduk tempatan.

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat milik penuh
 Australia yang akan beroperasi hujung tahun ini memproses
 lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan 
mentol lampu jimat tenaga,  bateri kering serta pelbagai  produk 
teknologi moden.

Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari 
milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum 
diproses di Gebeng.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jika kilang 
tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa 
radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi 
akan datang.
”Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen 
sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi 
peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. 
Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas 
dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya”.

“Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi 
di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses 
bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa 
Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, 
Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia?”.

Menurut Fuziah, sebelum ini pada bulan Julai 2007 Kerajaan 
Negeri Trengganu telah menolak untuk membenarkan 
kilang tersebut beroperasi di Telok Kalong, Kemaman, 
selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa 
manusia serta maklumbalas daripada pelbagai badan NGO.


----------------------------------------------------------

 in PASPB
Kilang 'pengeluar radioaktif' pernah mencuba di Perak


Learn from what happen not create it to happen!




0 comments: