01/04/2011-07:37am
Khamis Mac 31, 2011
Awas Peniaga! Akta Baru Kawal Harga Melampau Kini Berkuatkuasa...
KUALA LUMPUR: Akta baru yang dinamakan Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010 yang memberi kuasa kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengheret peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan ke mahkamah akan mula berkuatkuasa mulai Jumaat 1 April.
Di bawah akta ini, individu/peniaga yang didapati mengenakan harga yang ditafsirkan sebagai ‘melampau’ ke atas pengguna boleh dicaj di mahkamah dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sehingga maksima RM100,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
POPULAR... Ikan Terubuk memang popular dan bahan makanan mesti beli apabila mengunjungi Pasar Satok yang terkenal di Sarawak terutamanya pengunjung dari luar. Ikan Terubuk yang dijual berbeza mengikut saiz ikan antara RM10 hingga RM30 seekor. Ikan Terubuk tempatan dijual lebih mahal berbanding yang diimport. Kelihatan peniaga Ikan Terubuk sedang melayan palangan ketika tinjauan sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10, di sini Khamis. - Foto BERNAMA (gambar tiada kena mengena dengan artikel) |
Jika disabitkan bagi kesalahan kedua pula, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksima sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika memberi taklimat mengenai isu bekalan dan harga barangan kepada pengarang-pengarang kanan media tempatan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Plaza Sentral di sini, Khamis berkata, bagi mana-mana syarikat pula, jika didapati bersalah di bawah akta baru ini boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 bagi kesalahan kali pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kali kedua.
Awas Peniaga! Berdosa harga melampau!!!
2 comments:
hmmm... tu la dorg ni, kekdg dorg amik kesempatan....
Melati Qistyna's Mummy;kita yabg kena dahulu ....haiii!
Post a Comment