Membaca artikel ini.....aku mula terasa sepinya hidup ini....setiap antara kita pasti akan merasa sepi satu hari nanti apabila anak2 membesar dan meninggalkan kita...dulu kita gah....gelak ketawa bersama teman2...tapi apabila dimamah usia dan satu persatu teman2 kita dijemput Illahi..apakah rasanya.Sesungguhnya dunia ini ternyata hanyalah sementara,kegembiraan tidak kekal selamanya walaupun kekayaan menjadi milik kita...agar semua muslimin dan muslimat dirahmati Allah...hadapilah sepi-suatu hari nanti...Errr..Esok genap umurku 44 tahun...doakan aku teman2 agar aku dipanjang umur dan dikuatkan iman....aminnn!
Apa khabar jutawan LBJ?
SEBUT sahaja Felda Lyndon B. Johnson atau LBJ, pasti ramai yang masih ingat kisah 504 orang bekas penerokanya yang menjadi ‘jutawan segera’ pada 1996.Tanpa disangka-sangka, para peneroka di tanah rancangan Felda yang pernah dilawati Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson pada 1966 itu, menerima antara RM1.2 juta dan RM2 juta.Ini berikutan pembelian tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Seluruh negara menyaksikan di kaca televisyen atau dada akhbar, gambar mereka menerima cek hasil penjualan tersebut pada 18 Oktober 1999.Daripada 504 peneroka, 164 orang India, 78 orang Cina dan selebihnya Melayu.Ekoran itu, serta-merta perkampungan LBJ bertukar wajah. Di bawah pokok-pokok kelapa sawit berdekatan kampung mereka dipenuh dereta kereta mewah yang dibawa oleh penjual dari Kuala Lumpur, Seremban atau negeri lain.Selang beberapa bulan, rumah-rumah kayu kediaman telah hilang daripada pemandangan. Rumah-rumah banglo mewah dibina tersergam seperti cendawan tumbuh selepas hujan, menjadikan Kampung LBJ tidak ubah seperti penempatan elit seperti di Damansara Height, Kuala Lumpur.Ragam sesetengah ‘jutawan segera’ itu juga berubah. Membeli kereta mewah dan melancong ke luar negara tidak dianggap luar biasa lagi.---------------------------------------------------------------------------
Kampung banglo makin sepi
ADA riak ceria di wajah 'Tok Haji', ketika kami bertemu di rumahnya di Kampung LBJ, Labu dekat Seremban, baru-baru ini.Dalam pertemuan hampir sejam itu, Tok Haji atau nama sebenarnya, Mohd. Zain Manaf, 92, tidak keberatan berkongsi kisah 'kemewahan' yang dinikmati dirinya dan penduduk pada tahun 1996 apabila menerima 'durian runtuh' menerusi penjualan tanah kepada pihak-pihak tertentu atas nama pembangunan.Tok Haji merupakan penduduk tertua kampung itu yang mengalami sendiri pengalaman sebelum, semasa dan selepas bergelar 'jutawan segera'.Bergelar jutawan sekelip mata, bagi mereka yang merupakan penoreh getah, tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.Malah sekelip mata juga, kampung yang terpencil, kurang dikenali dan merupakan tanah rancangan tersebut menjadi tumpuan seluruh negara.Dengan wang yang diterima antara RM1.2 juta hingga RM2 juta setiap keluarga, kehidupan biasa yang dilalui sebelum itu menjadi luar biasa.Rumah-rumah papan peneroka bertukar menjadi banglo-banglo mewah. Yang tidak berkereta, mula memiliki kereta.Yang telah berkereta, menukar kereta mewah baru selain ada yang membeli kereta bukan mengikut keperluan, tetapi berdasarkan keinginan semata-mata. Mudah kata, sebutlah apa sahaja!Menyingkap pengalaman lalu, Tok Haji mengakui, dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk menggunakan wang sebanyak itu memandangkan seumur hidupnya, tidak pernah terfikir memilikinya.Dengan duit sebanyak itu, Mohd. Zain dapat membelikan anak-anaknya rumah atau sebuah kereta setiap seorang.Dia membesarkan rumah, melancong ke Mesir dan melaksanakan umrah kerana telah pun menunaikan fardu haji.''Itu cerita 15 tahun lalu. Hari ini, ramai kawan-kawan pun sudah meninggal dunia.''Hidup tok pun bertambah sunyi sejak ketiadaan isteri lima tahun lalu," katanya perlahan.
Gambar hiasan
Kata Mohd. Zain, dia kini tinggal seorang diri di banglo lima bilik yang dibina dengan kos melebihi RM200,000 hasil penjualan tanahnya itu memandangkan kesemua, sembilan anaknya bekerja di luar kawasan tersebut.Setiap hari, cucunya, Zahrul Hisham Ramli, 43, akan menghantar makanan kerana usia tuanya tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja tersebut.''Saya pernah ajak tok tinggal dengan saya, dia menolak kerana sayang biarkan rumah kosong begitu saja,'' kata Zahrul Hisham yang tinggal tidak jauh dari situ.Hakikatnya, kesunyian dialami Tok Haji, menggambarkan keadaan sebenar Kampung LBJ, yang pernah melahirkan seramai 504 jutawan segera ini.LBJ mengambil sempena nama bekas Presiden Amerika Syarikat yang melawat kampung itu pada 1966.''Kampung ini sekarang tidak lagi semeriah dulu. Banyak rumah kosong sebab anak-anak bekerja di Seremban dan Kuala Lumpur," kata Nazir Masjid Kampung LBJ, Zakaria Lembung, 72, pula.------------------------------------------------------------------------
Bekas jutawan menanti hujung usia
DALAM perjalanan pulang, pandangan wartawan-wartawan S2, pandangan mereka tertumpu ke sebuah kedai gunting rambut di kanan jalan keluar kampung itu.Bukan disebabkan oleh keadaan kedai tersebut yang tidak berhias atau pun papan tandanya hanya disembur cat di dinding, tetapi kerana melihatkan tetamu yang berada di kedai itu kebanyakannya adalah warga emas.Mereka hanya berpakaian baju Melayu dan berkain pelekat, mungkin juga kerana baru balik daripada solat Asar di masjid berhampiran.
Gambar hiasan
Itulah yang menyebabkan penulis cuba menghampiri mereka bagi bertanya khabar bekas-bekas jutawan itu.Pada mulanya, hampir 10 orang berada di situ, sebelum beberapa yang lain mula menghidupkan enjin motosikal lalu pergi meninggalkan kedai.Apa yang pasti, kedut-kedut di wajah mereka menyimpan 1,001 cerita suka duka sepanjang bergelar jutawan segera, 16 tahun lalu.-------------------------------------------------------------------------
‘Arwah tinggalkan kekayaan’
ISTERI bekas ketua kampung LBJ, Mazmah Osman menadah tangan di hadapan rumah tanda syukur kerana kehidupan beliau dan keluarga terhindar daripada sebarang penipuan ketika awal-awal menjadi ‘jutawan segera’, 15 tahun lalu
RUMAH banglo besar tersergam indah di hujung kampung menarik minat penulis untuk mengetahui siapakah pemiliknya.Salam diberi dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah Mazmah Osman, 79 walaupun dia sedang menikmati makan tengahari bersama anak perempuannya Nor Hanida Mohd Yusoh,43.Kedatangan penulis seakan mengganggu dia sedang makan membuatkan kami memohon maaf atas kedatangan kami secara mengejut.Namun, dia begitu mesra dan turut menjemput penulis untuk makan bersama mereka tetapi kami menolak dan berbual-bual sambil menemani dia dan anaknya makan.Rupa-rupanya pemilik banglo itu merupakan bekas ketua kampung yang telah kembali ke rahmatullah enam tahun lalu akibat kemalangan iaitu Mohd Yusoh Rasul yang juga merupakan ketua kampung pertama di Kampung L.B. Johnson.Jasa beliau terhadap kampung ini sangat besar termasuklah semasa proses pembelian tanah oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dan Lembaga Tabung Haji kira-kira 15 tahun lalu.Sebelum ini, Mazmah tinggal bersama suaminya, Yusoh tetapi selepas pemergiannya, dia kini ditemani Hanida yang bekerja di IPD Sepang serta tiga orang cucu lelaki Muhd. Fakhrul Haziq, 16, Muhd. Izzul Haqim,14 dan Muhd Syabil Haiqal, 11
Moga LBJ aman dan makmur....
SEBUT sahaja Felda Lyndon B. Johnson atau LBJ, pasti ramai yang masih ingat kisah 504 orang bekas penerokanya yang menjadi ‘jutawan segera’ pada 1996.
Tanpa disangka-sangka, para peneroka di tanah rancangan Felda yang pernah dilawati Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson pada 1966 itu, menerima antara RM1.2 juta dan RM2 juta.
Ini berikutan pembelian tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
Seluruh negara menyaksikan di kaca televisyen atau dada akhbar, gambar mereka menerima cek hasil penjualan tersebut pada 18 Oktober 1999.
Daripada 504 peneroka, 164 orang India, 78 orang Cina dan selebihnya Melayu.
Ekoran itu, serta-merta perkampungan LBJ bertukar wajah. Di bawah pokok-pokok kelapa sawit berdekatan kampung mereka dipenuh dereta kereta mewah yang dibawa oleh penjual dari Kuala Lumpur, Seremban atau negeri lain.
Selang beberapa bulan, rumah-rumah kayu kediaman telah hilang daripada pemandangan. Rumah-rumah banglo mewah dibina tersergam seperti cendawan tumbuh selepas hujan, menjadikan Kampung LBJ tidak ubah seperti penempatan elit seperti di Damansara Height, Kuala Lumpur.
Ragam sesetengah ‘jutawan segera’ itu juga berubah. Membeli kereta mewah dan melancong ke luar negara tidak dianggap luar biasa lagi.
---------------------------------------------------------------------------
Kampung banglo makin sepi
ADA riak ceria di wajah 'Tok Haji', ketika kami bertemu di rumahnya di Kampung LBJ, Labu dekat Seremban, baru-baru ini.
Dalam pertemuan hampir sejam itu, Tok Haji atau nama sebenarnya, Mohd. Zain Manaf, 92, tidak keberatan berkongsi kisah 'kemewahan' yang dinikmati dirinya dan penduduk pada tahun 1996 apabila menerima 'durian runtuh' menerusi penjualan tanah kepada pihak-pihak tertentu atas nama pembangunan.
Tok Haji merupakan penduduk tertua kampung itu yang mengalami sendiri pengalaman sebelum, semasa dan selepas bergelar 'jutawan segera'.
Bergelar jutawan sekelip mata, bagi mereka yang merupakan penoreh getah, tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.
Malah sekelip mata juga, kampung yang terpencil, kurang dikenali dan merupakan tanah rancangan tersebut menjadi tumpuan seluruh negara.
Dengan wang yang diterima antara RM1.2 juta hingga RM2 juta setiap keluarga, kehidupan biasa yang dilalui sebelum itu menjadi luar biasa.
Rumah-rumah papan peneroka bertukar menjadi banglo-banglo mewah. Yang tidak berkereta, mula memiliki kereta.
Yang telah berkereta, menukar kereta mewah baru selain ada yang membeli kereta bukan mengikut keperluan, tetapi berdasarkan keinginan semata-mata. Mudah kata, sebutlah apa sahaja!
Menyingkap pengalaman lalu, Tok Haji mengakui, dia sendiri tidak pasti bagaimana untuk menggunakan wang sebanyak itu memandangkan seumur hidupnya, tidak pernah terfikir memilikinya.
Dengan duit sebanyak itu, Mohd. Zain dapat membelikan anak-anaknya rumah atau sebuah kereta setiap seorang.
Dia membesarkan rumah, melancong ke Mesir dan melaksanakan umrah kerana telah pun menunaikan fardu haji.
''Itu cerita 15 tahun lalu. Hari ini, ramai kawan-kawan pun sudah meninggal dunia.
''Hidup tok pun bertambah sunyi sejak ketiadaan isteri lima tahun lalu," katanya perlahan.
Gambar hiasan |
Kata Mohd. Zain, dia kini tinggal seorang diri di banglo lima bilik yang dibina dengan kos melebihi RM200,000 hasil penjualan tanahnya itu memandangkan kesemua, sembilan anaknya bekerja di luar kawasan tersebut.
Setiap hari, cucunya, Zahrul Hisham Ramli, 43, akan menghantar makanan kerana usia tuanya tidak mampu lagi melakukan kerja-kerja tersebut.
''Saya pernah ajak tok tinggal dengan saya, dia menolak kerana sayang biarkan rumah kosong begitu saja,'' kata Zahrul Hisham yang tinggal tidak jauh dari situ.
Hakikatnya, kesunyian dialami Tok Haji, menggambarkan keadaan sebenar Kampung LBJ, yang pernah melahirkan seramai 504 jutawan segera ini.
LBJ mengambil sempena nama bekas Presiden Amerika Syarikat yang melawat kampung itu pada 1966.
''Kampung ini sekarang tidak lagi semeriah dulu. Banyak rumah kosong sebab anak-anak bekerja di Seremban dan Kuala Lumpur," kata Nazir Masjid Kampung LBJ, Zakaria Lembung, 72, pula.
------------------------------------------------------------------------
Bekas jutawan menanti hujung usia
DALAM perjalanan pulang, pandangan wartawan-wartawan S2, pandangan mereka tertumpu ke sebuah kedai gunting rambut di kanan jalan keluar kampung itu.
Bukan disebabkan oleh keadaan kedai tersebut yang tidak berhias atau pun papan tandanya hanya disembur cat di dinding, tetapi kerana melihatkan tetamu yang berada di kedai itu kebanyakannya adalah warga emas.
Mereka hanya berpakaian baju Melayu dan berkain pelekat, mungkin juga kerana baru balik daripada solat Asar di masjid berhampiran.
Gambar hiasan |
Itulah yang menyebabkan penulis cuba menghampiri mereka bagi bertanya khabar bekas-bekas jutawan itu.
Pada mulanya, hampir 10 orang berada di situ, sebelum beberapa yang lain mula menghidupkan enjin motosikal lalu pergi meninggalkan kedai.
Apa yang pasti, kedut-kedut di wajah mereka menyimpan 1,001 cerita suka duka sepanjang bergelar jutawan segera, 16 tahun lalu.
-------------------------------------------------------------------------
‘Arwah tinggalkan kekayaan’
ISTERI bekas ketua kampung LBJ, Mazmah Osman menadah tangan di hadapan rumah tanda syukur kerana kehidupan beliau dan keluarga terhindar daripada sebarang penipuan ketika awal-awal menjadi ‘jutawan segera’, 15 tahun lalu |
RUMAH banglo besar tersergam indah di hujung kampung menarik minat penulis untuk mengetahui siapakah pemiliknya.
Salam diberi dan disambut dengan mesra oleh tuan rumah Mazmah Osman, 79 walaupun dia sedang menikmati makan tengahari bersama anak perempuannya Nor Hanida Mohd Yusoh,43.
Kedatangan penulis seakan mengganggu dia sedang makan membuatkan kami memohon maaf atas kedatangan kami secara mengejut.
Namun, dia begitu mesra dan turut menjemput penulis untuk makan bersama mereka tetapi kami menolak dan berbual-bual sambil menemani dia dan anaknya makan.
Rupa-rupanya pemilik banglo itu merupakan bekas ketua kampung yang telah kembali ke rahmatullah enam tahun lalu akibat kemalangan iaitu Mohd Yusoh Rasul yang juga merupakan ketua kampung pertama di Kampung L.B. Johnson.
Jasa beliau terhadap kampung ini sangat besar termasuklah semasa proses pembelian tanah oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) dan Lembaga Tabung Haji kira-kira 15 tahun lalu.
Sebelum ini, Mazmah tinggal bersama suaminya, Yusoh tetapi selepas pemergiannya, dia kini ditemani Hanida yang bekerja di IPD Sepang serta tiga orang cucu lelaki Muhd. Fakhrul Haziq, 16, Muhd. Izzul Haqim,14 dan Muhd Syabil Haiqal, 11
4 comments:
Allah selamatkan kamuuu
Allah selamatkan kamuuu
Allah selamatkan ro Assoy
Allah selamatkan kamuuu
semoga murah rezeki, panjang umo & sihat sentiasa serta sentiasa berada dibawah lindunganNya alwez..... Ameennnn
Melati Qistyna's Mummy;Mekasehhhhh!!!
slm soy! slamat ulangtahun ke 17 ye lalink..
Moga Allah memberkati usiamu dan merahmati setiap apa yg kau lakukan..
Juga aku doakan moga kau dikurniakan kesihatan yg baik untuk melakukan apa kau nak lakukan.
Lagenda;Mekasehhh lalink:)!!!
Post a Comment