Tuesday, April 5, 2011

AKU MEMINATI MEREKA-SS-MOGA MEREKA AKAN JADI SUPERB!!!

04/04/2011-11:36pm

Dua Double S(SS)
Safee Sali adalah seorang pemain bolasepak yang amat aku kagumi kebelakangan ini dan harapan agar beliau terus berjaya dalam karier beliau hendaknya..
Shaheizy Sam;seorang pelakon drama yang aku minati dan aku telah membeli video tape beliau yang pertama iaitu Drama Pa'e...kisah seorang budak miskin yang selalu di buli oleh seorang budak(dilakonkan oleh Ngasrizal Ngasri (Bell-aku suka mamat nie berlakon-real) hingga dia mati lemas..beliau memang berbakat besar dan ia telah terserlah dalam banyak drama2 TV...serius,jahat,lucu dan baik-Syabas Sam!


Terkini! Safee Sali meledak lagi- Jaringan Cantik Ketika Pelita Jaya vs Persijap Jepara 3 April 2011


Bicycle kick
Safee Sali meledak lagi..kali ini jaringkan gol cantik acrobatik ketika pelita jaya tewaskan persijap jepara 3 april 2011..safee sali jaringkan gol pertama pada minit ke 10...Gol itu dipanggil bicycle kick dan ia adalah gol bertaraf profesional(sesuailah dengan gelaran dia kan)




Safee bicycle kick macam Pele bicycle kick...huhu..dua2 ada "e" kat hujong ...amacam..kelas tak!!!Cuba tengok Gol safee kat entri aku sebelumnya(kat bawah)..apa bezanya!?


-----------------------------------------------------------

Shaheizy Sam Bintang Paling Popular 2010




Foto
SHAHEIZY Sam dan "mummy"nya- bersama trofi Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular yang dimenanginya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 di Arena of Stars, Genting Highlands malam tadi.
Source
:http://www.bharian.com.my/
Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini malam tadi.

Shaheizy Sam, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi. 



video Shaheizy Sam dan mummy ambil award!




Tahniah buat dua lelaki yang aku minati dan kagumi dalam karier mereka masing2...

4 comments:

~ataicha~ said...

oh ss ni dua orang erk.. anyway suka gak 2-2 pesonaliti ni dan lebih2 sure Shaheizy Sam... gelagat dia buat ataicha x kering gusi.. huhuhu

Melati Qistyna's Mummy said...

hmmm... si sam tu tetiba je kan populer, lepas adnan sempit kot,terus kebabom.... tahniah buat beliau... :)

ASSOYFINGER67 said...

~ataicha~;setuju sesangat..:)

Melati Qistyna's Mummy;aku minat dia dari dulu lagi...bestlah kalau dia berlakon drama TV...

Abu Luqman said...

tahniah..shafie sali