12/04/2011-11:40pm
Semua dah terjawab,so, jangan ada yang buruk sangka dan marah2 lagi...
(Tak sangka DS Anwar boleh baran yer...apapun Allah telah tunjukkan kebenarannya...tang ikan patin nie ler..haha)
Pelanggan tergamam hidangan patin RM13,000
2011/04/11
TEMERLOH: Sekumpulan 50 pelanggan yang menikmati hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di sini terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.Seorang daripada pelanggan terbabit yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membawa rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan ini yang menyediakan ikan sungai, ulaman dan sayur kampung baru-baru ini.
Source/read more:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PelanggantergamamhindanganpatinRM13_000/Article/index_html
-----------------------------------------------------------------------
Jamuan patin RM13,000 patut - Pelanggan
TEMERLOH 12 April – Seorang pelanggan yang dilaporkan membayar RM13,000 bagi makan tengah hari termasuk hidangan ikan patin di sebuah restoran di sini baru-baru ini, hari ini mengakui harga itu berpatutan kerana ia adalah untuk 350 orang dan bukannya 50 orang.
Gambar hiasan-Patin sungai masak tempoyak
"Lagipun, ikan patin yang kami makan itu adalah dari sungai dan saya tahu ia memang mahal,” katanya di sini hari ini bagi menjelaskan mengenai tanggapan yang kurang tepat bahawa harga yang dikenakan itu tidak munasabah.
Ikan patin.....
Pelanggan itu berkata, selain ikan patin, mereka juga makan udang galah dan ikan krai, sejenis ikan sungai yang harganya juga tinggi.
Udang galah Sungai Pahang..amacam ada harga tak rasanya?
Ikan Krai
Ikan krai masak tempoyak+ rebung(gambar google)/udang galah masak lemak cili api...
Menurut beliau, persepsi mengenai harga yang dianggap tidak munasabah itu timbul, mungkin kerana ada antara 350 orang yang turut makan pada hari itu tidak tahu nilai sebenar jenis-jenis ikan yang dihidangkan. – Bernama
Terjawab juga satu kes kat sini...kalau tak tentu jadi fitnah,kesian orang kita nak meniaga...siapa pelanggan nie...orang Temerloh patut berterimakasih kat dia...
0 comments:
Post a Comment