Sunday, April 10, 2011

PETRONAS-PRIMAX 95 XTRA MENGGANTIKAN RON 95-HARGA JANGAN PULA NAK EXTRA!!!!!!

10/04/2010:01:25am
Apapun jangan harga naik dah ler........itulah yang penting,kalau tak serupa tak ada maknanya...
kerana nanti harga barang lagu laju naik dari F1...!

 10 April 2011
Petronas lancar petrol baharu berteknologi F1

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Berhad memperkenalkan petrol terbaharu di pasaran iaitu Primax 95 Xtra bagi menggantikan petrol RON 95 yang menjanjikan pemanduan lebih kilometer dan berkuasa unggul.
Produk bahan api terbaharu daripada Petronas itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis meriah yang turut diserikan dengan konsert Twin Towers @ Live 2011 yang diadakan khusus untuk pemegang tiket perlumbaan Formula Satu (F1) di pekarangan Menara Berkembar Petronas di sini malam tadi.
Minyak petrol Primax 95 akan menggantikan RON 95 di pasaran mulai hari ini di lebih 955 stesen minyak Petronas di seluruh negara.
Antara keistimewaan minyak tersebut ialah ia berupaya memacu kenderaan lebih jauh bagi setiap liter berbanding penggunaan petrol RON 95 yang lama.
Petrol yang berasaskan teknologi perlumbaan kereta F1 itu juga bakal memberi lebih kuasa kepada kenderaan serta membersihkan enjin pada setiap masa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Amir Hamzah Azizan berkata, produk itu merupakan hasil kajian dan penyelidikan dua tahun Petronas berdasarkan penglibatan syarikat itu dalam perlumbaan F1 selama ini.
“Meskipun Primax 95 Xtra dijual pada harga sama dengan RON 95 iaitu RM1.90 seliter tetapi bahan api berteknologi tinggi F1 ini akan memberi lebih kuasa dan jarak perjalanan bagi setiap kenderaan,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

0 comments: