Wednesday, April 20, 2011

RANCANGAN KERAJAAN MEMBINA LOJI NUKLEAR PATUT DITERUSKAN!?

20/04/2011-12:30am
Baru dengar fasal tenaga fosil akan habis dalam 10-20 tahun...cari kat internet kajian tentang itu di Malaysia ..tak jumpapun...konpius(aku yang tak faham kot),tapi kalau nak bina jugak loji nuklear...baik bina kat Johor..Danga Bay...dekat dengan lautkan...entahler...hidup tidak aku masa tu...tapi pada aku baik jangan..biarlah 2020 dulu. ..!


Danga Bay..(gambar hiasan)

Three Mile Island (gambar hiasan)

Tenaga fosil akan habis, loji nuklear adalah perlu - Pakar

19/04/2011 9:23pm

KUALA LUMPUR 19 April - Rancangan kerajaan untuk membina dua loji nuklear yang boleh menjana kuasa elektrik sehingga 1,000 MegaWatt menjelang 2021 sepatutnya diteruskan dengan mengambil langkah berhati-hati supaya tragedi di Chernobyl dan Fukushima tidak berulang.

Pakar Geo Strategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, berdasarkan apa yang berlaku di loji nuklear Daiichi, Fukushima, Jepun, kerajaan boleh mengambil langkah mencipta loji nuklear yang boleh menahan apa jua bencana yang datang.
Menurut beliau, loji tenaga nuklear di Fukushima sudah pun mempunyai ciri-ciri keselamatan berbanding dengan di Chernobyl, namun kejadian tsunami setinggi empat meter adalah di luar jangkaan kerajaan Jepun.
"Kita boleh belajar dari Jepun bukan memberi satu persepsi bahawa nuklear itu bahaya dan memberi ketakutan kepada masyarakat Malaysia sehingga mereka berasa sangsi perlukah Malaysia membina loji nuklear.
"Kita boleh meraih manfaat daripada apa yang berlaku di Fukushima dan bukan ketakutan. Berdasarkan apa yang berlaku di sana, kita boleh memastikan supaya loji yang kita akan bentuk di Malaysia adalah lebih baik dari di Fukushima,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai Tragedi Chernobyl dan Krisis Nuklear di Jepun oleh Duta Ukraine ke Malaysia, Ihor V. Hummennyi di Wisma Bernama di sini hari ini.
Menurut Dr. Azmi, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, tenaga fosil di Malaysia di jangka habis dan tenaga nuklear adalah pilihan terbaik dari segi kos dan penghasilannya berbanding dengan tenaga hidro yang jauh lebih mahal. - Bernama
______________________________________________
Petikan dari:

Bersediakah Malaysia guna kuasa nuklear?


"Isunya sekarang ialah sejauh mana kita bersedia kerana ketika ini, Malaysia hanya mempunyai lebih kurang 40 orang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang nuklear, sebaliknya di Korea mempunyai lebih 600 pemilik PhD dalam bidang tersebut,
Perlu juga diingat bahawa proses untuk membangunkan satu loji tenaga nuklear memakan masa antara 10 dan 15 tahun dan ada pendapat supaya pembinaan reaktor nuklear berskala kecil sesuai untuk didirikan di negara ini seperti dilaksanakan di Jepun.
Dalam pada itu, menurut seorang pakar teknologi nuklear tempatan, Prof. Datuk Dr. Sukiman Sarmani, prospek penggunaan tenaga nuklear adalah positif dan merupakan pilihan terbaik untuk menjana elektrik bagi menjamin sekuriti bekalan tenaga mencukupi bagi negara menuju ke era negara berpendapatan tinggi.
Malah beliau berharap supaya insiden di Jepun itu tidak dijadikan faktor supaya cadangan pembinaan loji nuklear di negara ini dikaji semula.
"Tidak ada sebab cadangan pembinaan nuklear perlu dikaji semula berdasarkan kepada kemajuan teknologi yang sedia ada,'' ujarnya ketika di temui baru-baru ini.
Katanya, ketika ini Malaysia menggunakan 90 peratus sumber tenaga fosil manakala 10 peratus daripada hidro elektrik.
Gas, minyak dan arang batu sepatutnya memberi pilihan kepada nuklear untuk menghasilkan elektrik.
Kerajaan, katanya, perlu merancang daripada sekarang kerana pembinaan reaktor nuklear untuk tenaga memakan masa yang lama dan harga minyak yang selalunya dikaitkan dengan krisis tenaga sukar diramal.
Pada masa sama, kos untuk membina reaktor nuklear mencecah RM6 bilion (AS$2 bilion) bagi kekuatan 1,000 megawatt dan untuk jangka panjang. Bagi Malaysia kapasiti dua megawatt sudah mencukupi."(petikan)

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

hmmm, xtau la... sesuatu benda tu mmg ada keburukan & kebaikannya... tp kalau keburukan lg byk dr kebaikan.... cemana tu.... :)

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;tak payah buat.....huhu