30/04/2011-08:30am
That a place people cheers...and there's a place people cries...that's world...
London...
A tornado causes destruction and deaths as it moves through Tuscaloosa, Alabama
305 maut Amerika dilanda puting beliung
2011/04/30
Bencana terburuk sejak beberapa dekad
TUSCALOOSA (ALABAMA): Sekurang-kurangnya 305 orang terkorban dan kemusnahan besar berlaku apabila puting beliung paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad melanda wilayah selatan Amerika semalam. Saksi berkata keadaan di Tuscaloosa, tempat lahir Gabenor Alabama, Rober Bentley, amat dahsyat sehingga kawasan itu seolah-olah hilang dari peta Amerika.
Penduduk Amerika Syarikat terpaksa bergelut, manakala pihak berkuasa memberi amaran jumlah mangsa yang ditemui mungkin meningkat berikutan kerosakan yang berlaku.
Penganalisis berkata sukar mempercayai lapan negeri dilanda ribut paling buruk ketika musim bunga. Tragedi puting beliung paling banyak menyaksikan kematian di Amerika Syarikat sejak kematian 310 penduduk dalam bencana sama pada 3 April 1974.
“Bencana kali ini mengingatkan penduduk kepada tragedi Taufan Katrina yang melanda pada 2005, manakala kemusnahan yang berlaku seolah-olah seperti sebuah kawasan yang baru dilanda gempa atau peperangan,” kata seorang daripada mereka.
Di Alabama sendiri, angka kematian mencecah 204 orang, manakala lebih 1,700 orang cedera. Presiden Barack Obama dan isteri beliau Michelle dilapor melawat negeri paling teruk terjejas itu semalam untuk melihat sendiri tragedi yang melanda penduduk.
“Kehilangan nyawa amat menyedihkan terutama di Alabama. Ribut meragut nyawa ibu dan bapa, anak lelaki dan perempuan, rakan dan jiran malah seluruh masyarakat,” katanya berikrar untuk memberikan bantuan persekutuan dengan segera kepada mereka yang memerlukan,”kata Obama di Rumah Putih sambil menyifatkan bencana itu sebagai malapetaka.
Darurat diisytiharkan di Oklahoma hingga ke Georgia di timur manakala gabenor menggesa pasukan keselamatan termasuk 2,000 tentera di Alabama membantu operasi membersih dan menyelamat.
“Kita mempunyai satu malapetaka terbesar di sini di Alabama dengan mengatasi bilangan puting beliung sebelum ini,” kata Gabenor Bentley, yang mengisytiharkan bencana besar bagi negeri itu, di mana berjuta penduduk terputus bekalan elektrik.
Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari penduduk yang hilang dan cuba untuk menyelamatkan mangsa yang masih lagi terperangkap dalam sisa kemusnahan rumah mereka sendiri. – AFP

____________________USA -Tornado________________
US Tornado Claims Lives of 305 People
10:30 29-04-2011
1 comments:
kat Malaysia pun ada tornedo ni..bahaya ni..rumah pun dia ley angkat
KLIK SINI ENTRI TERBARU>showdown 2011
Post a Comment