Tuesday, May 31, 2011

AL-QURAN DIGITAL-BANYAK KESILAPAN?SESUATU (YANG AMAT PENTING) YANG PERLU DIAMBIL TAHU

30/05/2011-11:43pm


Kita masih lagi dalam topik kesangsian dalam produk untuk orang Islam.Kali ini membentangkan kesalahan2 yang terdapat dalam Al-Quran digital termasuk telefon bimbit, komputer tablet dan pen pintar .Bahan2 begini boleh dijadikan rujukan tetapi sebaiknya ia diselidiki dulu  dari mana sumbernya dan dan pengiktirafannya dari pihak berwajib. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan sebaik2 belajar Al-Quran ialah dengan mengikuti kelas belajar membaca yang banyak dianjurkan dengan bayaran yuran setimpal. Gunalah naskah Al Quran yang diperakui.....fahamilah firman Allah yang bermaksud(source:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9109.0):


“…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui” (Al-Anbiya’: 7)


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pedengaran, penglihatan dan hati semua itu akan diminta petanggungajawabannya” (Al-Isra’ :36)



"Sebagai peringatan, dalam kita mencari manakah al-Quran digital yang sesuai untuk kita miliki pastikan al-Quran digital yang hendak dibeli mempuyai sijil pengesahan dari Lajnah Tashih al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Banyak permohonan dari syarikat pengeluar agar al-Quran digital disemak dan disahkan oleh Lajnah Tashih namun banyak yang ditolak kerana terdapat kesalahan yang tidak boleh dibaiki antaranya tulisan ayat di paparan tidak mengikuti Rasm Uthmani, salah dari sudut dabt, salah bacaan dan lain-lain."
Source:http://gambargambarpelik.blogspot.com/2011/05/al-quran-digital.html?showComment=1306770146184#c1314584556974172545
____________________________________

EKSKLUSIF: Al-Quran digital banyak kesilapan
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/05/30

Digital Quran Player,Ebook Reader (S-EL1000)  2GB Quran Read Pen With Holy Quran Book (R-QR05)    Digital Quran Mobile Phone
Gambar hiasan

Perisian dibawa masuk dari China

KUALA LUMPUR: Banyak perisian al-Quran digital termasuk dalam telefon bimbit, komputer tablet dan pen pintar yang dijual di negara ini dikesan mempunyai pelbagai kesilapan yang boleh menjejaskan pemahaman umat Islam yang menggunakannya.

Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EKSKLUSIF_Al-Qurandigitalbanyakkesilapan/Article/

_______________Al-QuranDigital__________________End

3 comments:

cik panadol said...

risau pulak bila bace artikel ni bro...sbb sy selalu je baca n dengar digital al-quran dlm henset ni... :(

ASSOYFINGER67 said...

cik panadol;takper..tawakkal jer....apapun ianya ditekankan dari china..yang kao ambil kat source yg betul mungkin tak der hal..InsyAllah ..Allah akan pelihara Al Quran seperti janjiNYA!

kindergartenlibrary said...

aish ..jadik tak keruan lah pulak ..