Tuesday, May 24, 2011

GEMPABUMI 2.4 DI TAWAU,SABAH.MALAYSIA.

24/05/2011-10.00pm
Nampaknya Tawau kerap mengalami gegaran....langkah berjaga2 perlu di masa akan databg!


Ramai penduduk Tawau tidak sedar gegaran gempa



2011/05/24

Bandar Tawau,Sabah-Gambar hiasan

TAWAU: Gegaran akibat gempa bumi berukuran 2.4 yang dilaporkan pada jam 4.32 petang tadi di kedudukan 4.1 darjah Utara dan 117.6 darjah Timur, tidak dirasai ramai penduduk Tawau. 

Tinjuan mendapati kebanyakan penduduk yang ditemui menyatakan mereka tidak merasai apa-apa gegaran dan menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan pada jam 5 petang tadi, menyatakan pusat gempa berkenaan ialah di 52 kilometer di barat daya Tawau.
Ia menyatakan bahawa gegaran akibat gempa lemah itu mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau. - BERNAMA 

__________________Quakeattawau_______________
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI  DAN INOVASI
(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)
Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

KENYATAAN AKHBAR 
( Dikeluarkan Pada 24 Mei 2011, 5:00 petang )

Gempa Bumi Lemah berdekatan Tawau

Pada 24 Mei 2011, 4:32 petang
Satu gempa bumi  lemah bermagnitud  2.4 pada skala Richter  telah 
berlaku berdekatan  Tawau, Sabah pada  4:32 petang. Pusat gempa 
bumi terletak di 4.1º Utara dan 117.6º Timur, 52 km dari barat daya  
Tawau, Sabah.
Gegaran mungkin dirasai di beberapa kawasan di bahagian Tawau.

Pegawai bertugas : En. Zaidi Bin Zainal Abidin
Bahagian Geofizik & Tsunami
No. Telefon: 03-79678066

__________________Quakeattawau_______________
MALAYSIA METEOROLOGOCAL DEPT
May 2011
Date
Time (Local Time)
 Location
Latitude     
Longitude
Magnitude
(Richter Scale)
Category
Distance
24/05/2011  4.32pm Near Tawau 4.1°N 117.6°E 2.4 Weak 52km Southwest of Tawau, Sabah









__________________Quakeattawau_______________End


0 comments: