Wednesday, May 18, 2011

KESEMUA PENUMPANG KAPAL MV FINCH SELAMAT...(VIDEO)

18/05/2011-12:12am

Mulakan hari Rabu ini dengan berita yang baik...alhamdulillah..sama2 kita berdoa!

__________________________

Israeli Navy Fires On Aid Ship Headed To Gaza Concentration Camp

________________________________

Kesemua penumpang kapal MV Finch selamat

17/05/2011 10:41pm

KAPAL MV Finch 'The Sprit Of Rachel Corrie', yang membawa misi bantuan ke Gaza

El-ARISH, Mesir 17 Mei — Kesemua 12 penumpang serta krew termasuk dua wartawan Malaysia yang menaiki kapal MV Finch dilaporkan berada dalam keadaan selamat, sekali gus menafikan dakwaan laporan Al-Jazeera pada Selasa.
Stesen televisyen asing itu melaporkan bahawa berlakunya kematian dan kecederaan pada krew dan penumpang kapal itu.
Wartawan Bernama, Mohd. Faizal Hassan yang turut berada di dalam kapal itu melaporkan sehingga berita ini ditulis, kesemua individu di dalam kapal itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan lanjutan serangan itu.
Kapal itu masih lagi berada di kawasan menunggu di perairan pelabuhan El-Arish, Mesir sejak tiba di sini, petang Isnin selepas dikawal oleh tentera Mesir dari kawasan serangan.
Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd. Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.
Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times, Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda, Mohd. Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada. — Bernama

___________________MVFinchstory__________________End

0 comments: