Wednesday, May 11, 2011

NATASHA HUDSON JELAS HUBUNGAN DENGAN ZIZAN RAJA LAWAK

        
Natasha                                                        Zizan
PETALING JAYA: Pelakon jelita, Natasha Hudson, 29, menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan(Raja Lawak)sekadar kawan biasa, tidak lebih dari itu.
Kata Natasha, dia dan Zizan rapat berikutan menggunakan khidmat pengurus yang sama iaitu Marina Juki.
“Saya dan Zizan hanya kawan biasa sahaja, saya datang ke program Maharaja Lawakminggu lalu kerana ingin memberi sokongan kepada rakan artis.
“Saya juga dijemput oleh pihak Astro untuk datang ke program tersebut. Lagi pula kami mengunakan pengurus yang sama,” katanya ketika di temui di Majlis Pelancaran DramaBait Cinta, di sini, Selasa.
Natasha diminta mengulas gosip mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak tersebut apabila sering kelihatan di majlis yang sama.
Bagaimanapun, dia mengakui senang berkawan dengan jejaka tersebut kerana sering bertukar-tukar pendapat dan memberi nasihat kepadanya.

2 comments:

shameel Iskandar said...

elok juga kalau zizan kahwin dgn natasha ni.

ASSOYFINGER67 said...

shameel Iskandar;:)