Wednesday, May 11, 2011

SALIH YAACOB (ABG JEM-SINAR FM) 2011-KAWIN LAGI !TIN TIN PON PON!

11/05/2011-11:01PM
RESPEK ABIHHH KAT ABANG JEM!!!!:)




Jawablah! Salih kahwin lagi


2011/05/11

SALIH bersama tiga isterinya, dari kiri; Norlizah Mohammad, Noraha Hamat dan Nor Farah Wahida Sulaiman.
SALIH bersama tiga isterinya, dari kiri; Norlizah Mohammad, Noraha Hamat dan Nor Farah Wahida Sulaiman.

Tidak anggap isteri bermadu, sebaliknya sebuah jemaah 

DIA dilihat sebagai antara pengamal poligami yang berjaya. Biarpun mempunyai tiga isteri pada satu masa, amat jarang kedengaran cerita kurang enak mengenai rumah tangga pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, didedahkan di media. Bijak sungguh Salih menjaga kerukunan rumah tangganya sehingga ramai lelaki mahu menjadikannya idola.
Bagaimanapun, ada khabar yang membisikkan bapa kepada sebelas cahaya mata ini sedang merancang untuk melengkapkan kuota yang diberikan padanya. Senang cerita, Salih bakal menggoncang tangan tok kadi untuk kali yang keempat. Gadis pilihan hatinya itu bukan calang-calang. Masih menuntut di pusat pengajian tinggi dan berusia 24 tahun, iaitu hampir separuh jarak usia mereka
Apabila seorang lelaki separuh abad yang sudah mempunyai tiga isteri, tetapi masih menyimpan hasrat untuk berkahwin lagi, tiada lain yang ada dalam fikiran seorang wanita, selain daripada menyifatkan lelaki itu gatal atau sudah buang tabiat. Tidak cukupkah dengan layanan yang diterima sehingga sanggup menambah cawangan yang sedia ada. 

Kepada Hip, Salih meluahkan segala isi hatinya, sekali gus menjelaskan salah tanggapan masyarakat yang menganggap dia berkahwin ramai disebabkan tuntutan nafsu semata-mata 


Hip: Khabarnya abang akan berkahwin untuk kali keempat. Boleh cerita sikit? 

Salih: 
Semuanya masih lagi dalam perancangan dan jika segala-galanya berjalan dengan lancar, insya-Allah abang akan disatukan dengan gadis pilihan abang itu tidak lama lagi. Dia berusia 24 tahun dan masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Abang anggap perkahwinan satu perkara yang suci dan murni. Apa yang abang lakukan ini semuanya kerana Allah dan semuanya juga sudah ditentukan-Nya. 
Mengenai usia kami yang cukup besar jurangnya, saya anggap ia satu kebetulan. Saya tidak pernah menetapkan syarat hanya mencari gadis muda sebagai calon isteri. Isteri pertama saya dulu lebih tua tiga tahun daripada saya. 

Hip: Bila abang berkata perkahwinan ini adalah kerana Allah, tentu orang akan menganggap abang menggunakan agama semata-mata kerana mahu berkahwin ramai? 

Salih: 
Abang tak kisah orang nak kata apapun. Dan memang abang mengaku abang menggunakan agama sebagai alasan untuk berkahwin. Perkahwinan memang dituntut dalam agama. Kalau bukan kerana agama, buat apa abang susah-susah nak kahwin. Baik abang simpan saja. Mungkin secara dasar orang melihat Salih seorang lelaki yang suka mengamalkan poligami, tetapi mereka tidak tahu sebelum mengamalkan poligami, kita kena tahu asas-asas agama supaya kita tidak tersasar dan sentiasa berpegang di jalan yang diredhaiNya. Mungkin orang melihat abang sebagai selebriti menyebabkan mereka menyangka abang berkahwin atas dasar tuntutan nafsu semata-mata, tetapi mereka tidak tahu sebelum abang mencari rezeki dalam bidang ini, sudah banyak kumpulan agama yang abang sertai dan banyak ilmu yang abang pelajari. 

Hip: Adakah kesemua isteri abang merestui perkahwinan kali keempat ini? 

Salih: Memang ia perkara utama yang abang lakukan apabila membuat keputusan untuk berkahwin lain. Alhamdulillah, kesemua isteri abang merestui keputusan abang ini. Itulah yang manisnya apabila kesemua isteri abang meletakkan agama sebagai perkara utama dalam kehidupan. Sebelum abang membuat keputusan untuk menjadikan seseorang itu sebagai calon isteri, abang akan suruh dia memahami al-Quran terlebih dulu. Dengan memahami isi kandungan al-Quran saja akan membuat hati mereka lebih reda dalam apa juga yang mereka lakukan. Mereka tahu tidak ada apa yang akan kekal ataupun menjadi hak milik mutlak dalam dunia ini. 

Hip: Bagaimana abang menjaga kerukunan rumah tangga? Iyalah bukan mudah untuk menjaga tiga isteri sekali gus? 

Salih: 
Kesemua isteri abang tinggal berdekatan. Abang tidak menggalakkan mereka tinggal serumah kerana abang tidak mahu menyekat hak mereka. Mungkin mereka ada keluarga yang ingin menziarah di rumah, selain keinginan untuk mempunyai kediaman sendiri. Abang juga tidak pernah menganggap mereka hidup bermadu kerana pada abang, perkataan bermadu itu memang tidak pernah wujud dalam agama. Abang anggap mereka sebagai sebuah jemaah. 

Hip: Ada tak mana-mana lelaki yang cuba meminta resipi untuk mengamalkan poligami daripada abang? 

Salih: 
Memang ada, tapi biasanya abang akan nasihatkan mereka supaya tidak melakukannya hanya kerana nafsu. Terus terang, hidup berpoligami memang sukar. Namun itu semua akan dipermudahkan jika suami ataupun isteri menjadikan agama sebagai asas dalam kehidupan mereka. Apapun, tujuan abang bercerita ini bukanlah kerana mahu menunjuk-nunjuk ataupun berlagak kerana dapat berkahwin empat. Abang sekadar mahu berkongsi ilmu. Pada majlis kahwin nanti, khabarnya ia akan disiarkan menerusi saluran Oasis. Pada masa itu nanti abang berhajat untuk membawa ketiga-tiga isteri abang dan mereka akan turut duduk bersanding bersama kami. Sebelum ini kami berkahwin sekadar mengikut hukum syarak iaitu ijab dan kabul. Jadi kali ini biarlah mereka sama-sama dapat berasa bersanding di atas pelamin. 
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jawablah_Salihkahwinlagi/Article

___________________Salih kawinlagi________End

0 comments: