Wednesday, May 25, 2011

RON95/DIESEL & LPG KEKAL,TIADA KENAIKAN,JANGKAMASA KEKAL TIDAK DITENTUKAN (KABINET)-PUTRAJAYA HARI INI.

25/05/2011-09:32pm
TERNYATA kerajaan amat mengambil berat isu harga minyak Ron95.Walaupun berita2 sebelum ini menyatakan bahawa ia akan dibincangkan dan dikaji pada awal Jun 2011 nanti tetapi adalah mengejutkan bahawa apabila kenyataan dan perbincangan dibuat pada hari ini.Walaubagaimanapun rakyat masih tidak selamat dari gejala kenaikan harga minyak kerana tempuhmasa pengekalan tidak ada dinyatakan  dan tiada kenyataan yang menyatakan kenaikan tidak akan berlaku bila2 masa pun.Harapan rakyat jelas Tolonglah!Jangan naikkan harga Ron95/Diesel dan LPG kerana ia akan memberi impak besar pada rakyat yang berpendapatan sederhana dan sedikit kaya(yang miskin apatah lagi)...(rayuan tulus ikhlas)-assoyfinger67

________________________________________________

Harga RON95 Kekal
Rabu Mei 25, 2011 MYT 5:41:42 PM
PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya, Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet, Rabu.
"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini.
Ismail Sabri berkata, pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.
Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail Sabri berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.
Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.
Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas.
Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.
Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.
_________________Ron95/dieseltaknaik_________________

Tiada kenaikan harga RON 95, diesel dan LPG


2011/05/25

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat.
_________________Ron95/dieseltaknaik_________________

Harga RON95, diesel dan LPG kekal

Rabu, 25 Mei 2011

PUTRAJAYA: Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global.

Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa. - Bernama
Source:http://www.hmetro.com.my/articles/HargaRON95_dieseldanLPGkekal/Article

_________________Ron95/dieseltaknaik_________________




No price hike for RON95, diesel, LPG

2011/05/25

PUTRAJAYA -- In a move that will please many Malaysians, the government has decided to maintain the prices of RON95 petrol, diesel and liquefied petroleum gas for the time being.Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the decision was made after an in-depth discussion on subsidy rationalisation at today's weekly cabinet meeting.

"The decision was made taking into consideration the interest of the people," he told a news conference at his ministry, here today.

The government would however continue to study the need for subsidy rationalisations in view of the increase in the prices of oil and gas in the global market.
Asked whether there was any discussion on the time frame for the prices to remain, Ismail Sabri said there was no discussion about time frame. -- Bernama



_________________Ron95/dieseltaknaik_________________END__


0 comments: