Thursday, May 26, 2011

SECRET RECIPE-SATU HEBAHAN TENTANG STATUS HALALNYA!



26/05/2011-09:42pm
Memang ramai yang cakap ia sedap,harga boleh tahan dan ia merupakan makanan untuk golongan yang berwang...pasal halal...mungkin disini dah terjawab.So,makanlah dengan senang hati.
Sebenarnya seumur hidup aku,aku tak pernah makan kek  branded nie...Bukat fasal halal atau haram...tak der jodoh kot!Apapun yang paling penting makanlah dari makanan yang anda rasa yakin dan dan tahu asal usulnya....kebersihan juga penting dalam halal atau haram...tentang perkara yang di tegaskan dalam Al Quran apatah lagi...Jadi kesimpulannya makanlah makanan yang kita rasa selesa dengan status halalnya dan kalau boleh air tangan (siapa yang menyediakannya) juga penting dalam mencipta keselesaan bila makan...apapapun secret recipe aku adalah  pada masakan mak aku.....terbaekkk!
Related link:
DNA BABI DALAM TEPUNG-SETELAH SEKIAN LAMA....




      

Secret Recipe Tidak Guna Tepung Keluaran Puratos
Khamis Mei 26, 2011 MYT 7:43:00 PM





PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.
"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.
_____________________________________________________
ABOUT:





Y. Bhg. Dato' Steven Sim
Secret Recipe Cakes and Café Sdn Bhd

Y. Bhg. Dato' Steven Sim Leong Thun, founded Secret Recipe Cakes & Café and Modern Mum in 1998 and successfully transformed a small family business into a market leader within a short period of time. Y. Bhg. Dato' Sim has cultivated an energized team of people, which grew from six to over 300 today. His drive for high standards and to surpass his past accomplishments has resulted in exceptional retail growth with 50 cafés in the country. Defying the statistics of an economic crisis, he steered the companies to register annual growth of 30% for the past three years, whilst profits leaped 300% in 2002.
Without any professional training in baking, he has developed the “Secret Recipe” brand into a regional player with 4 cafes in Singapore and 1 in Jakarta. Under his leadership, Secret Recipe received numerous quality and excellence awards for its products throughout the five consecutive years since inception. Y. Bhg. Dato' Sim devotes time to raising funds for charitable causes.@ Sept 03
Source:http://www.eoy.com.my/emerging03.php (refer to Sept 03 )



___________________secretrecipe_______________End

2 comments:

cik panadol said...

lepas gigi sy dah tak sakit lg nnt...sy bawak bro makan kek resepi rahsia ni ye... :)

ASSOYFINGER67 said...

cik panadol;aku belanja kao cabut gigi nak tak...:)apa2pun thanks...aku menghargainya..huhu