Thursday, May 26, 2011

HASIL KAJIAN PAKAR MENGENAI ISU LYNAS AKHIR JUN 2011

26/05/2011-04:16pm
Sekali lagi aku membuat entri berkenaan Lynas yang menjadi pertikaian  sekarang...bagi mereka yang memandang isu ini hanya mainan politik mungkin merasakan ia tidaklah satu isu besar tetapi pada mereka yang memandang isu ini dari segi kemanusiaan,akibat2 yang akan terjadi serta kesinambungan kesannya kepada cucu cicit..ia adalah isu yang lebih besar dari isu kenaikan harga petrol! 
  
Apa yang aku faham berkenaan isu Lynas ini ....Malaysia akan menjadi pusat penapisan...bak kata orang:CTH: Mula2 madu di tapis..lepas tu madu tu akan di bawa ke Australia....sepahnya ditinggalkan di bumi kita...kenapa kita sanggup menjadi negara penerima sisa2 begini (negara toilet)....kenapa Australia tidak mahu memprosesnya sendiri...mungkin dari segi keuntungan   memang berlipat ganda tapi dari segi jangka panjang bagaimana? Adakah mereka yang menyetujuinya masih hidup pada masa itu.....rasanya jelas apa yang rakyat maukan...kenapa tak diikut saja...Kajian?Dah bertahun isu nie masih takkan cukup kaji ker...atau dalam politik pun ada sandiwaranya...cuba lihat tajuk berita ini:



Kerajaan Pilih Kehendak Rakyat Dengan Kekalkan Harga RON95 & Diesel - PM

Khamis Mei 26, 2011


Kerajaan kena betul-betul pilih untuk memenuhi kehendak rakyat  dalam apa jua isu pun!
Kita tunggu isu Lynas Jun ini!
_____________________________________________

My related post (April)-LYNAS CORPORATION LTD- BUILT WORLDS LARGEST,CLEANEST & BIGGEST RARER OPERATION PLANT IN (PAHANG) MALAYSIA-assoyfinger67

_______________________________________________


Rare earth concentrate' yang diimport akan diproses untuk dijadikan 'rare earth oxide' di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun 'rare earth oxide' yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!

Apa sebenarnya Lynas Gebeng Kuantan ni?

Hasil Kajian Pakar Mengenai Pembinaan Kilang Lynas Akhir Jun - Mustapa
Khamis Mei 26, 2011

KUALA LUMPUR: Hasil kajian panel pakar bebas mengenai aspek keselamatan dan kesihatan terhadap pembinaan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dijangka diketahui hujung bulan depan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata panel pakar itu akan menjalankan kajian secara menyeluruh mengenai projek itu dan juga perbincangan dengan pihak berkepentingan.
Beliau menjelaskan panel pakar itu terdiri daripada empat pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan lima pakar dunia dalam bidang berkenaan.
"Panel pakar ini akan menjalankan kajian bermula 29 Mei sehingga 3 Jun ini," katanya pada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Agensi di sini, Khamis.
Skop kajian yang akan dilakukan panel pakar itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.
Mustapa berharap sesetengah pihak tidak mempolitikkan isu pembinaan kilang itu sehingga hasil kajian diketahui.
"Saya harap isu ini tidak dipolitikkan dan harap pihak-pihak tertentu tidak membuat andaian mengenai hasil kajian oleh panel pakar kerana mereka adalah pakar dalam bidang masing-masing," katanya.
Mustapa juga menjemput orang ramai yang mempunyai pendapat mengenai projek itu untuk menghantar pandangan masing-masing melalui e-mail dan surat bertulis kepada kementeriannya.
Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai. -BERNAMA
_____________________Lynas_________________End

0 comments: