Saturday, May 21, 2011

SETELAH 50 TAHUN,KERAJAAN MALAYSIA KINI TIDAK BERDAYA LAGI.....

21/05/2011-01:24pm


Kadang2 tak fahamdengan apa yang tertulis di akbar  atau dasar2 kerajaan terhadap rakyat.Cthnya:
+Hari tu kata minyak Ron95 akan dikaji semula bulan depan(ref:Harga produk petroleum disemak semula Jun Ref:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaprodukpetroleumdisemaksemulaJun/Article/index_html) tapi:
Bila baca nie...macam dah tentu jer...aparaa!

Harga Baru RON95 Awal Bulan Depan

 PUTRAJAYA: Kerajaan akan menetapkan harga baru RON95 selewat-lewatnya awal bulan depan selepas kajian terperinci harga minyak dunia dilakukan.Read more:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/21/mstar_berita/20110520194601&sec=mstar_berita tapi surat khabar cakap macam nie....hai...nie buat rakyat tak sedap hati nie....cakap berputar...
+Cuba korang yang bijak pandai fikir sikit fasal nie...ini  macam yang kaya terus kaya dan yang miskin akan terus miskin....(kalau korang kaya aku tak boleh komen ler):
i)Cukai pendapatan:bukan semua orang kena....mereka yang mempunyai perbelanjaan berlebihan dan dan gaji yang tinggi ajer yang kena...(ia masih membebankan tapi masih ada toleransi)
ii)GST( cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan):semua kena...cth senang faham:kalau seorang miskin nak beli kentucky dia mesti kena GST nampak!..so..GST nie  pukul rata..orang2 kaya takkkan rasa tapi bagi warga miskin ia amat membebankan..baik incometax dari GST!
Ref:PUTRAJAYA 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cukai pendapatan persendirian dan korporat mungkin boleh dikurangkan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.
 
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu meneruskan Program Pendidikan Kesedaran Awam untuk mendidik masyarakat tentang manfaat yang bakal diperoleh menerusi GST. ‘‘Kita perlu melihat penerimaan orang ramai terhadap GST dan kerajaan akan lakukan tinjauan yang tepat.  ‘‘Pengumuman mengenai pelaksanaannya akan dibuat apabila sampai masanya agar kadar ditetapkan boleh diterima rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.
 
Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diberitahu kemudian. GST yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara ialah cukai penggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan. Perdana Menteri turut menyarankan agar Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan cukai itu.  “Apabila rakyat sudah faham dan ada penerimaan, maka itulah masa yang paling sesuai untuk kita laksanakan GST. Saya akan umumkan apabila tiba masanya,” kata Najib.
 
Beliau turut membayangkan bahawa orang ramai boleh menjangkakan berita baik pada belanjawan seterusnya kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat. ‘‘Sebagai contoh apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi, ia tidak bermakna kami tidak mengutamakan rakyat sebaliknya bertujuan
menggurangkan perbelanjaan kerajaan supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan pada masa akan datang,” jelas beliau.
Sumber : Utusan Malaysia 11/5/2011.
-Apa nak dikata lagi....dimanakah sebenarnya keistimewaan rakyat...pada hari mengundi jer kot!Nie baca pulak yang air dan api nak naik....Kita sebenarnya perlukan sesuatu..dimana Robinhood.....rasanyer kata2 yang kita terima macam orang cakap kita hanya digula2kan saja....Tolonglah dahulukan memikir fasal rakyat sebentar....wahai pemimpin2ku!
Fikirkanlah sebentar!
Kenaikan harga: Bersedialah hadapi hakikat baru ekonomi


2011/05/21


KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia kini perlu menerima hakikat sebenar mengenai keadaan ekonomi global dan lebih berhemat dalam berbelanja serta lebih fokus dalam memulihara sumber berharga seperti tenaga elektrik dan air, di samping tidak terlalu mengharapkan subsidi. 

Pendekatan ini amat penting dalam menghadapi kenaikan kos pelbagai barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga minyak di pasaran global serta kekurangan bekalan makanan akibat perubahan iklim.
Dalam perbualan dengan Bernama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar ekonomi mengalu-alukan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis ketika beliau menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.
alam kenyataan itu, Muhyiddin juga menasihati rakyat supaya mengawal perbelanjaan masing-masing serta berusaha meningkat bekalan makanan sendiri. 

"Jika ini dilakukan, orang ramai tidak akan terlalu merasai bebannya apabila negara menghadapi kenaikan kos dan inflasi kelak," katanya. 

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N Marimuthu berkata, dalam menghadapi hakikat baru ekonomi ini, orang ramai perlu diberi kefahaman mengenai perkara penting dalam kehidupan mereka seperti kuasa pasaran, sistem dan mekanisme penetapan harga serta penyusunan semula subsidi. 

"Secara umumnya, sejak 50 tahun lalu, kita katakan kita mampu menangani segalanya...tapi, dalam tempoh tiga tahun lalu, ternyata, kita tidak berupaya untuk menangani semua perkara. Orang ramai perlu disedarkan bahawa kita tidak boleh melarikan diri daripada kesan kenaikan harga minyak dan perubahan iklim, yang kesemuanya merupakan fenomena global," katanya. 
Marimuthu berkata, oleh kerana faktor luaran mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap harga, maka orang ramai perlu memainkan peranan masing-masing dalam menghadapi keadaan yang amat mencabar pada masa akan datang. 

Pada waktu yang sama, beliau meminta kerajaan supaya terus berusaha melindungi golongan miskin, lebih-lebih lagi golongan yang teramat miskin, daripada menerima kesan buruk akibat kenaikan harga untuk memastikan mereka tidak tersisih daripada arus utama pembangunan. 

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman pula berkata, beliau menerima hakikat bahawa memang bukan mudah untuk mengubah mentaliti orang ramai, tetapi beliau berharap mereka akan kurang membeli barangan yang tidak begitu diperlukan agar mereka mempunyai lebih banyak wang untuk membeli barangan keperluan. - BERNAMA 

________sebuah keluhan_____________________End
Aku menulis entri ini hasil pemikiran yang ringan tanpa unsur politik....juga dengan sentuhan2 dari hasil perbincangan bersama rakan..aku rakyat Malaysia dan aku forever Muslim!

2 comments:

Penulis Rindu said...

kami kat penah kalih dah...jangan lupa kalih pru 13..huhu

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;gituler cadang2....