Thursday, May 26, 2011

SUKA BACA:KONGSI RAHSIA KEJAYAAN KONGSI

26/05/2011-07:36am

Tahniah Farid Kamil......David Teoh memang berhak "langsi"!Sam memang tip-top.....

Rahsia kejayaan Kongsi

Oleh Roslen Fadzil


PULANG ke Malaysia dari kota Almaty, Kazakhstan, kelmarin, saya membaca laporan Harian Metro mengenai kutipan filem aksi komedi Kongsi arahan Farid Kamil yang berjaya mengaut kutipan hampir RM7 juta selepas seminggu ditayangkan.
Satu lagi rekod filem tempatan dari segi kutipan dicatatkan apabila hari pertama pembukaan Kongsi saja, sebanyak RM1,085,064 berjaya dikumpul juruwang di panggung-panggung.
Berdasarkan rekod tempatan selama 15 tahun, jumlah ini mengatasi kutipan hampir semua filem luar termasuk Hollywood apabila berada di tangga kedua selepas Transformer 2 yang mencatat kutipan RM1.2 juta pada hari pertama tayangan manakala filem Hollywood yang ditayangkan bersama Kongsi ketika ini, Fast & Furious 5 (Fast Five) mencatat RM800,000 saja.

Semalam saya terus menghubungi David Teo, mengucapkan tahniah sambil bertanya lebih lanjut mengenai filem lakonan Shaheizy Sam itu.



Kata David, kutipan Kongsi paling tinggi pada Sabtu lalu iaitu sebanyak RM1.4 juta, diikuti Ahad (RM1.2 juta). Untuk Kongsi, David membuat lebih pelaburan iaitu sebanyak RM2.5 juta bagi membiayai kos produksi, membuat salinan filem dan juga pembelian iklan dalam pelbagai medium.

Hakikat ini kerana David sedar dia terpaksa bersaing dengan banyak filem import yang ketika ini ditayangkan satu lepas satu.

“Untuk salinan filem saja, saya membuat 100 salinan yang setiap satunya berharga RM4,000. Biasanya saya cuma buat 60 salinan, tetapi bagi Kongsi, saya sudah sasar untuk ditayangkan di 100 dewan tayangan (screening hall) di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

“Sebelum filem ini ditayangkan lagi saya sudah buat kajian. Saya buat promosi awal-awal di media cetak dan Internet sambil meninjau filem import mana yang akan ditayangkan serentak dengan Kongsi.

“Menyedari filem-filem besar seperti Priest, Fast Five dan sekarang Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, saya membuat 100 salinan dan mendapat sokongan daripada ramai pemilik pawagam untuk menayangkan Kongsi,” katanya.

Kelmarin juga, sebuah lagi filem yang ditunggu-tunggu ramai, Nur Kasih The Movie mula ditayangkan.

Saya mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada wakil produser Nur Kasih The Movie mengatakan bahawa tayangan hari pembukaan filem itu juga menggalakkan kerana mencecah setengah juta ringgit.

Memang dari segi genre, kedua-dua filem itu ibarat langit dan bumi. Masing-masing ada peminat tersendiri namun tidak mustahil orang yang sama menonton kedua-duanya.

Melihat sambutan peminat terhadap Kongsi dan beberapa filem lain sebelum ini seperti Adnan Sempit, Ngangkung, Khurafat dan Hikayat Merong Mahawangsa, ia membuktikan industri kita masih bernafas dengan kencang.

Kalau kena dengan cara promosi, filem kita masih boleh bersaing dengan filem import, tetapi soalnya mampukah produser lain bertindak nekad seperti David?



Saya difahamkan, selepas Nur Kasih, giliran filem seram terbitan KRU Studio, Karak pada 26 Mei, Toyol Nakal (2 Jun), KL Gangster (9 Jun), 3,2,1 Cinta (16 Jun), Rasuk (23 Jun) dan Sekali Lagi (30 Jun).

Sebenarnya saya agak risau melihat jarak tayangan filem-filem kita hanyalah seminggu kerana banyak lagi menunggu tayangan.

Saya sedar cara begini ada pro dan kontranya. Dengan adanya Astro First, ramai produser berasa lega kerana ia dapat membantu dari sudut kutipan selepas panggung. - roslenmetro@yahoo.com


source:http://www.hmetro.com.my/articles/RahsiakejayaanKongsi/Article/index_html?column=Roslen

______________suka baca________End



4 comments:

Penulis Rindu said...

tak ape ..pengarah dia pun bagus...

pena rozie said...

Tahniah....

Razis Hamit said...

ada potesti cecah 10 juta nie..

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;satu sikap si david nie...dia tak kedekut..tu yg ong tu!orang selesa kerja dgn dia!

pena rozie;T/k datang...ya!

Razis;tu belum lagi jual hak milik kat TV tu...senang2 jerlah 10 juta..