Saturday, May 21, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM,HULU LANGAT,KAJANG.

21/05/2011:08:00pm

____________________________________________

Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam ini


____________________________________________
Tanah Runtuh: Enam Kanak-Kanak Yatim Piatu Diselamatkan; Tiga Terkorban
Sabtu Mei 21, 2011
KAJANG: Tiga kanak-kanak yatim piatu terkorban ekoran tertimbus dalam tanah
runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat pada pukul
2.30 petang, Sabtu.
Setakat pukul 6.30 petang, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan
tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar dan seorang penjaga.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, 14 mangsa masih terperangkap sehingga pukul 6.20 petang.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan
mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat,
polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung
mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke
Hospital Kajang.
Laporan awal menyebut rumah anak yatim tersebut didiami kira-kira
30 penghuni.
Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan
rumah anak-anak yatim itu ketika bencana alam itu berlaku.
___________________trageditanahruntuh_________________
Mangsa Tanah Runtuh Ulu Langat Dibawa Keluar Ke Hospital

Tanah runtuh: 24 orang termasuk 

kanak-kanak tertimbus

21/05/2011 7:35pm

KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden
dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah
Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh
di Hulu Langat dekat sini hari ini.
Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan
14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui
cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki
dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan
setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor,
Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu
menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua
penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak
yatim tu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang
dijadual pada pukul 5 petang ini.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang
 terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah
sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam
sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat
menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada
Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia(JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang,
diikuti mayatkedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan
pada pukul6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata
sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan
dalamkeadaan hujan lebat. - Bernama

___________________trageditanahruntuh_________________
Seorang penjaga tertimbus diselamatkan
21/05/2011
ULU LANGAT: Seorang lagi mangsa tertimbus merupakan
penjaga rumah Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak
Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis,
Kampung Gahal di sini, berjaya diselamatkan pihak berkuasa.
Lelaki yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh itu
diselamatkan kira-kira jam 6.30 petang tadi dengan
mengalami kecederaan sebelum terus dihantar ke klinik
berdekatan untuk rawatan.

Sehingga kini, seramai 14 orang mangsa tertimbus masih
belum dapat dikeluarkan membabitkan 11 penghuni serta
tiga lagi penjaga.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar
yang turut berada di tempat kejadian memberitahu media
bahawa tapak kejadian masih berlaku pergerakan tanah dan
dikhuatiri berbahaya kepada orang awam.



Kerja menyelamat pada malam ini juga terpaksa
menggunakan lampu limpah dengan kuasa generator
berikutan ketiadaan bekalan elektrik.
Source:http://www.hmetro.com.my/articles/Seorangpenjagatertimbusdiselamatkan/Article


___________________trageditanahruntuh_________________End



2 comments:

azie said...

Rasa simpati tgk berita ttg tanah runtuh kt umh ank2 yatim tu td..Takziah kpd mangsa n keluarga mangsa yg terlibat.. sama2 kita doa kn mereka..

cik panadol said...

semoga Allah selamatkan dan lindungi meraka...