Wednesday, June 15, 2011

KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/06/2011 & VIDEO JARINGAN


15/06/2011-05:01am

Liga Super semalam..nie ajer video jaringan  yang ada (nanti kalau dah update aku add lagi):

Apapun Liga Super makin sengit buat Kelantan,Selangor dan Terengganu. 

Selangor 2-1 Felda United | LIGA SUPER 2011 [Gol P Gunalan]





Kelantan 1-0 Perak | LIGA SUPER 2011 [Gol Norshahrul]










Keputusan perlawanan Liga Super 14/06/2011

Tue14/06/11Terengganu3 - 2PBDKT T-TeamMore info
Kelantan1 - 0PerakMore info
Johor FC2 - 1PahangMore info
Selangor2 - 1Felda UnitedMore info
Kedah1 - 1Negeri SembilanMore info
Perlis0 - 1Sabah
Source:http://www.soccerway.com/national/malaysia/super-league/2011/regular-season/


Saingan kejuaraan liga makin panas


KUALA LUMPUR - Persaingan merebut gelaran Liga Super semakin panas apabila kejuaraan hanya akan ditentukan pada hari terakhir liga, 6 Julai ini dengan tiga pasukan, Kelantan, Selangor serta Terengganu masih berpeluang memburu kejuaraan selepas masing-masing mencatat kemenangan, semalam.
Tiga hari selepas dikecewakan dalam final Piala FA, Kelantan mempamerkan kebangkitan diStadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu apabila menundukkan Perak 1-0 untuk menghampiri kejuaraan Liga Super buat kali pertama.
Skuad Red Warriors memegang kelebihan dua mata ke atas Selangor dan tiga mata meninggalkan Terengganu ketika baki satu perlawanan. Anak buah Datuk M. Karathu bakal menjulang trofi andai menumpaskan Sabah di Kota Kinabalu dalam perlawanan terakhir.
Semalam, bintang penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-53, sekali gus menebus kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.
Penyandang juara, Selangor belum menyerah kalah dengan terus menghambat pendahulu selepas menang tipis 2-1 di Stadium Shah Alam.
Pemain tengah kebangsaan, Mohd. Syafiq Rahim muncul penyelamat Merah Kuning apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti pada minit ke-74, selepas dia dijatuhkan oleh Muhammad Juzaili Samion.
Terdahulu, tonggak pertahanan, P. Gunalan membuka jaringan Selangor pada minit ke-23 selepas melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad, namun Mohd. Azrul Ahmad mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan di minit ke-68.
Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang masih segar dengan kejuaraan Piala FA langsung tidak mendapat bantuan daripada kelab senegeri, T-Team apabila dipaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 3-2.
Abdul Hadi Yahya membuka jaringan Terengganu menerusi penalti di minit ke-59, namun T-Team menyamakan kedudukan 1-1 dua minit kemudian menerusi Shamsul Kamal Mohamad. Indra Putra Mahayuddin mengejutkan skuad Penyu apabila meletakkan T-Team mendahului 2-1 pada minit ke-73.
Fahmi Izzudin Zuki dan Abdul Manaf Mamat menghidupkan harapan Terengganu untuk menghambat kejuaraan liga dengan menambah dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 86.

__________________Liga super___________End

0 comments: