Thursday, June 9, 2011

PETRONAS CATAT KEUNTUNGAN TINGGI/RM30 BILION UNTUK KERAJAAN .....WOW!

09/06/2011


PETRONAS catat keuntungan lebih tinggi


2011/06/08

KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatatkan perolehan dan keuntungan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata perolehan meningkat 14.4 peratus kepada RM241.2 bilion daripada RM210.8 bilion manakala keuntungan pracukai meningkat 34.5 peratus kepada RM90.496 bilion daripada RM67.3 bilion sebelum ini.
Syarikat minyak negara itu mengumumkan dividen RM30 bilion kepada kerajaan.
Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) untuk tahun itu termasuk keuntungan bersih RM9.2 bilion hasil tawaran awam awal Petronas Chemicals Group Bhd (PCGB) dan Malaysia Marine dan Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB). 

"Tidak termasuk keuntungan itu, EBITDA meningkat 18.5 peratus, selaras dengan perolehan yang lebih tinggi," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Pulangan pada hasil bagi tahun itu iaitu 37.5 peratus, sungguhpun kos semakin meningkat, menunjukkan harga yang lebih kukuh dan usaha berterusan kumpulan ke arah keberkesanan operasi. - BERNAMA 




PETRONAS kaji tetap bayaran dividen 30 peratus kepada kerajaan



2011/06/08

KUALA LUMPUR: PETRONAS sedang mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013.

Naib Presiden Eksekutif Kewangannya, Datuk George Ratilal, berkata ia adalah "sesuatu yang agak pasti dan boleh dijangkakan."
"PETRONAS sudah berbincang dengan kerajaan dan sudah mencapai persefahaman mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan PETRONAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011.


Syarikat minyak nasional itu mengisytiharkan pembayaran dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan bagi tahun berkenaan. 

PETRONAS juga membayar dividen serupa kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2010. - BERNAMA



Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PETRONAScatatkeuntunganlebihtinggi/Article
_______________Petronas untung_____________End

0 comments: