Friday, June 17, 2011

SUKA BACA:DATUK SITI MASUK ASKAR........

17/06/2011-12:02am
TAHNIAH!.. KEPADA DATUK SITI  YANG DAH MASUK ASKAR WATANIAH-


pic source:http://kayrozz.blogspot.com/2011/05/datuk-ct-nur-akan-gempur-wataniah.html
Siti Nurhaliza Bersama Lima Selebriti Serah Borang Askar Wataniah
 Khamis Jun 16, 2011 MYT 5:51:41 PM



Siti Nurhaliza (kanan) mengisi borang untuk menjadi askar wataniah di Kementerian Pertahanan, Khamis. Foto The Star: Azhar Mahfof



KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
siti nurhaliza askar wataniah
pic source:http://beautifulnara.com/tahniahsiti-nurhaliza-selamat-menjadi-askar-wataniah/

Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih," katanya pada majlis tersebut.

Zahid Hamidi bersalam dengan Siti Nurhaliza sambil diperhatikan rakan-rakan artis iaitu (dari kanan) Intan Ladyana, Ana Raffali dan Shaheizy Sam.



Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.
Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.
Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.
"Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.
Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.
Dari kiri: Mohd Noor, Shahiezy Sam, Ana Raffali, Siti Nurhaliza, Intan Ladyana dan Nurul Hidayah segak memakai pakaian tentera ketika menghadiri Majlis Penyertaan Selebriti sebagai Askar Wataniah di Kementerian Pertahanan, Khamis. - Foto THE STAR Oleh AZHAR MAHFOF 
Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.
Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/16/mstar_hiburan/20110616131949&sec=mstar_hiburan
___________Datuk CT jadi askar______________End



0 comments: