Benjy didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
___________________________
Nasib Benjy Diputuskan 17 Ogos Depan
Published: Rabu Julai 20, 2011 MYT 4:40:00 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menetapkan 17 Ogos ini untuk memberikan keputusan terhadap pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di rumahnya, tahun lalu.
Keputusan yang akan dibuat oleh Majistret Hafizza Sauni bakal menentukan sama ada anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty itu bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapi.
Benjy, 33, didakwa memiliki dadah itu pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah rumah bernombor A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B, Persimpangan Jalan Segambut, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.
Sementara itu, pada hujahan yang dikemukakan oleh peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy, beliau menghujahkan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk menimbangkan faktor bahawa dadah yang ditemui di bahagian atas rak buku di ruang tamu rumah berkemungkinan bukan milik Benjy.
"Dadah tersebut mungkin kepunyaan Afifi Hamid (bekas pembantu peribadi Benjy) yang telah didapati positif syabu atau kepunyaan rakan bernama Nor Azizi yang dikatakan telah berkunjung ke rumah itu dan dilihat mengambil syabu pada malam itu," katanya.
Sehubungan itu, Amer Hamzah memohon agar Benjy yang pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd Halim bagaimanapun membidas hujahan itu dengan berkata, kewujudan Nor Azizi atau 'Ji' hanya ditimbulkan selepas Benjy dipanggil untuk membela diri dan tidak pernah disoal kepada Nor Afifi semasa wanita itu dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Malah, kewujudan 'Ji' juga tidak pernah dinyatakan kepada isteri Benjy, Safiya Stephanie Kar-Leng Lee, 29, atau kepada pembantu rumah, Sunami Isna, 51, yang tinggal di rumah tersebut.
"Adakah 'Ji' ini cerita tambahan atau pakatan antara tertuduh dan Afifi?," kata Noor Mawarni dan menambah, pembelaan Benjy adalah bersifat penafian semata-mata dan difikirkan semula.
Noor Mawarni juga menambah, keterangan Benjy dan Afifi perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati kerana mereka adalah saksi yang berkepentingan.
Ini kerana, Benjy merupakan tertuduh dalam kes ini manakala Afifi telah yang mengenali pelakon tersebut sejak tiga tahun lalu mengakui dia sayang kepada Benjy.
"Malah, pihak pendakwaan juga telah mencabar kebolehpercayaan Afifi kerana memberikan keterangan yang berbeza di mahkamah berbanding percakapannya kepada pihak polis," katanya.
Selain itu, Noor Mawarni juga memohon agar mahkamah mengambil kira bahawa Benjy adalah seorang pelakon yang telah mula berlakon pada usia setahun dan setengah bulan dan tidak mustahil bahawa pembelaan yang dikemukakannya di mahkamah adalah lakonan.
Amer Hamzah membidas hujahan itu dengan berkata: "Jika begitu, semua pelakon jika didakwa di mahkamah akan menghadapi kesukaran untuk membela diri kerana akan dianggap sebagai lakonan."
_______________Nasib Benjy_____________End
- TERKINI!!!MY fren link-cerita baru-klik!!
- PTPTN: Wajib miliki akaun SSPN untuk memohon pinjaman mulai Tahun 2012
- Anugerah Ibrahim Ali di UITM tidak wujud
- [Video Trailer dan Sinopsis]Mr. Popper’s Penguins
- Luahan hati Mohd Ashraf yang tertekan kerana gagal menjadi Aleesha Farhana
- Razali Abd Rahman, Pemain kulintangan dari Sabah Juara Bakat TV
- Anak untuk di jual!!
- Buaya julung julung diternak secara haram disebuah kebun buah di Bukit Kepong
- Kerana senam robik, bangunan bergegar dan beratus orang larikan diri
- antibiotik Augmentin keluaran GlaxoSmithKline (GSK)di tarik balik dari pasaran
- Krisdayanti bakal lahirkan anak perempuan
- Tarikh Lahir dijadikan Tarikh akhir memperbaharui Lesen memandu
Menarik! Mesti Baca!
- Pemohon PTPTN Perlu Akaun SSPN
- PM Akan Umumkan ‘Pemberian Istimewa’ Untuk Perlis
- Golongan Muda Tinggi Terlibat Rasuah
- Siaran Langsung Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2011 | Live Malaysia vs Chelsea
- JAKIM Sahkan Sos HP Souce & Tabasco Haram?
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
0 comments:
Post a Comment