Wednesday, July 6, 2011

ALFATIHAH-AYAH FIZO MENINGGAL DUNIA

06/07/2011-04:40pm
Al Fatihah-Takziah buat Fizo Omar atas pemergian ayah tersayang ke rahmatullah..agar rohnya ditempatkan di sisi orang2 yang bertaqwa.Pasti Rabu nie adalah Rabu Wordless buat Fizo..aku minat juga Fizo nie...dia nie suka sangat ketawa dan senyum...tak percaya cuba cari wajah muramnya di Google....susah nak jumpa...apapun jum sedekahkan Al Fatihah buat ayah Fizo......(jangan lupa pada ibubapa kita yang hidup atau dah tiada)
___________________________
'Arwah Wasiatkan 'Sesuatu' Sebelum Meninggal Dunia' - Fizo
Rabu Julai 6, 2011





Fizo Omar (PIC credit to:pekanrabu.biz)



PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar memberitahu, arwah bapanya, Wan Omar Wan Ishak,71, yang meninggal dunia, Selasa mengamanahkan “sesuatu” agar dia menyimpan barang tersebut sehingga ke akhir hayat.
Fizo yang dihubungi mStar Online, Selasa berkata, ketika dia pulang ke kampungnya di Selising, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua minggu lalu, ayahnya telah memberikan wasiat berkenaan yang seolah-olah menggambarkan dia akan pergi buat selama-lamanya.
“Saya terkejut apabila dia berkata macam itu kepada saya. Dia minta saya menyimpan barang itu elok-elok. Pada waktu itu dia sihat tetapi saya sudah rasa lain macam,” kata Fizo yang enggan menjelaskan apakah amanah berkenaan.
Ayahnya yang berniaga kecil-kecilan di kampung meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari, Selasa, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan akibat ketumbuhan pada usus.
Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Melor, Kota Baharu selepas solat Isyak hari yang sama.
Menurut Fizo, ketika mendapat berita itu dia berada di Kuala Lumpur dan sememangnya sedang bersiap untuk pulang ke kampung kerana mahu mengotakan janji membawa ayahnya mendapatkan rawatan pakar.
Tapi katanya, hasrat tersebut tidak terlaksana kerana dia meninggal dunia pada hari yang dijanjikan itu.
“Saya sepatutnya balik ke kampung hari ini (Selasa) untuk membawa dia berjumpa doktor. Tapi saya terkejut apabila kakak saya di kampung memberitahu ayah sudah tiada,” ujarnya.
Sehubungan itu menurut Fizo dia terpaksa mengambil cuti selama seminggu untuk menguruskan beberapa perkara.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/7/6/mstar_hiburan/20110705191837&sec=mstar_hiburan

_____________Ayah Fizo meninggal______End


0 comments: