27/07/2011-12:52am
Norman dan Rosyam...selayaknya mereka memberi motivasi dan tunjuk ajar!
_______________________
Atlit Malaysia Tiada Kekuatan Minda - Norman (KRU)
Rabu Julai 27, 2011
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim menganggap kebanyakan atlit Malaysia tiada kekuatan minda apabila menyertai perlawanan sukan walaupun mempunyai persediaan fizikal yang kuat.
Menurut Norman, kelemahan tersebut membuatkan atlit negara mudah kalah dan tersungkur apabila berdepan dengan kesukaran ketika sedang berlawan.
"Berdasarkan apa yang saya lihat, atlit kita sudah bersedia dari segi kekuatan fizikal.
"Tapi sayangnya, bila dah nak kalah, mereka terus hilang fokus sedangkan ketika itu mereka perlu bangkit dan lawan sehabis mungkin walaupun tinggal beberapa minit lagi untuk tamat sesebuah perlawanan yang disertai," katanya pada Seminar Personaliti Unggul untuk para atlet anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, Selasa.
Tambah Norman, dia memberikan contoh pasukan bola sepak negara yang kini semakin kuat menentang setiap negara lawan, tetapi terus hilang fokus apabila pihak lawan memberikan jaringan gol.
Pada seminar tersebut, Norman bersama pelakon Rosyam Nor telah memberikan petua kepada atlit-atlit negara untuk menaikkan semangat dan menyuntik pemikiran positif dalam persediaan mengharungi Sukan Sea ke-26 yang akan berlangsung di Jakarta pada November depan.
Tambah Norman, para atlit juga perlu diberikan lebih banyak seminar agar dapat menguatkan mental selain fizikal.
"Sebenarnya antara atlit sukan dan artis, kerja kami tidak banyak berbeza kerana masing-masing melalui proses tekanan prestasi, harapan yang menggunung daripada rakyat dan persediaan kerja.
"Kerana itu, agak mudah untuk saya dan Rosyam berkongsi pengalaman kami mengenai persediaan dalam melalui setiap jatuh bangun kami sebagai selebriti," katanya.
Sementara itu, kata Rosyam pula, para atlit juga perlu mempunyai pengetahuan am menerusi pembacaan akhbar agar mudah berkomunikasi dengan pihak luar termasuklah media yang menemu bual mereka.
"Saya lihat, atlit di luar negara begitu positif ketika menjawab setiap soalan yang ditanya oleh pihak media manakala atlit kita agak segan dan masih lagi ada perasaan malu ketika bercakap.
"Contohilah Datuk Nicole David, kerana dia bijak bermain dengan kata-kata ketika menjawab soalan. Saya harap, di masa akan datang ini, atlit kita lebih yakin berdepan dengan orang ramai kerana ia juga amat penting ketika melalui perlawanan yang dijalankan masing-masing.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/7/27/mstar_hiburan/20110726172214&sec=mstar_hiburan
0 comments:
Post a Comment