Wednesday, July 27, 2011

PEREMPUAN MENJADI LELAKI,ITUPUN BOLEH?

27/07/2011
Apabila manusia meletakkan dunia adalah segala2nya.....
_______________________
Manusia mengubah takdir-India
27/07/2011
Foto

Ibu bapa di India upah doktor lakukan pembedahan jantina

KEGHAIRAHAN segelintir manusia untuk menjadi Tuhan bukan satu perkara baru. Mereka sanggup mengenepikan nilai moral dan kemanusiaan demi memastikan matlamat tercapai. Malah dalam banyak keadaan, akibat daripada perbuatan itu - yang selalunya tidak menyediakan jalan pulang - langsung tidak diambilkira.
Itu jugalah sikap sesetengah ibu bapa di India yang cuba menyangkal perjalanan takdir, sanggup mengupah doktor melakukan pembedahan menukar anak perempuan mereka menjadi lelaki semata-mata kerana pengaruh adat kuno kononnya anak lelaki mampu memperbaiki prospek keluarga.
Kerajaan Madhya Pradesh kini rancak menyiasat dakwaan seramai 300 kanak-kanak perempuan ditukar menjadi lelaki menerusi pembedahan di bandar raya Indore. Ibu bapa didakwa membayar AS$3,190 atau kira-kira RM10,000 hanya untuk berasa bangga mengumumkan - “anak perempuan saya adalah lelaki”.

Menerusi pembedahan dikenali genitoplasty, doktor akan membentuk zakar daripada organ seks wanita dan sebagai pengakhiran kepada perubahan itu, kanak-kanak berkenaan turut disuntik hormon lelaki.

Walaupun penyokong hak asasi wanita dan kanak-kanak mengutuk perkembangan itu yang dilabel ‘kegilaan sosial’ dan ‘mempersendakan wanita’, diskriminasi jantina di India bukan perkara baru. Ia wujud berabad lalu, sebati dengan budaya negara itu yang mewajibkan keluarga perempuan menyediakan hantaran dan persiapan perkahwinan besar-besaran.

Akibatnya, banyak keluarga akan menggugurkan janin perempuan yang dikandung atau memilih melakukan pembedahan jantina selepas kelahiran. 
Peluang bayi dilahirkan dengan organ jantina tidak jelas masih sesuatu yang luar biasa. Sebab itu Majlis Perubatan India (MCI) dan Jabatan Kesihatan Madhya Pradesh mencadangkan langkah memastikan ibu bapa yang mahukan anak lelaki, tidak cuba merasuah doktor melakukan pembedahan pertukaran jantina ke atas anak perempuan mereka semuda usia setahun.

Berikutan pendedahan terbaru mengenai apa yang berlaku di Madhya Pradesh, MCI mendesak penubuhan lembaga pakar perubatan untuk memutuskan mengenai keperluan prosedur seumpama itu dan mengetatkan pemeriksaan di semua bandar raya. 

Pengarah Pendidikan Pembedahan Persatuan Doktor Bedah India, Prof Gautam Sen, berkata perlu ada lembaga perubatan untuk memutuskan sama ada pembedahan itu perlu dilakukan atau tidak dan ia harus keputusan penuh tanggungjawab yang dilakukan panel, bukan di antara ibu bapa dan doktor.

Dakwaan berkenaan turut menggusarkan banyak pihak di India. Seorang kaunselor di Mumbai, Suchitra Inamdar, meluahkan kebimbangan bagaimana kanak-kanak perempuan yang sudah ditukar status menjadi lelaki akan mengendalikan masalah pada masa akan datang.

“Prosedur itu akan memberikan kesan psikologi jangka panjang dan berkekalan ke atas individu berkenaan yang mungkin tidak menerima keputusan menukar jantina mereka yang dibuat oleh ibu bapa dan doktor sebelum mereka cukup umur,” katanya.

Selain kekeliruan, Presiden Akademi Paediatrik India, V P Goswami, berkata prosedur yang digunakan oleh doktor di Indore akan menimbulkan trauma kepada mangsa, masalah lemah syahwat serta kesuburan ketika mereka dewasa walaupun genitoplasty boleh dilakukan ke atas bayi normal kedua-dua jantina.

“Namun pada masa akan datang, organ tidak akan tumbuh dengan pengaruh hormon. Ini akan menyebabkan masalah kesuburan selain lemah tenaga batin. Dakwaan ini berita mengejutkan, kami akan menyiasat dan mengambil langkah menyekatnya. Ibu bapa perlu mempertimbangkan impak psikologi dan sosial pembedahan itu ke atas anak mereka,” katanya.

Walaupun Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Perlindungan Hak Kanak-Kanak India sudah mengarahkan Kerajaan Madhya Pradesh menyiasat dakwaan berkenaan dan membentangkan hasil kajian dalam masa 15 hari, aktivis hak wanita, Ranjana Kumari, berkata perubahan seks secara paksa adalah tanda ‘kegilaan sosial’ meruncing yang melanda negaranya.

Jurucakap Pusat Penyelidikan Sosial yang juga lantang menentang pengguguran janin perempuan itu, pernah berharap sistem pendidikan untuk pelajar lelaki dan perempuan dapat menamatkan budaya yang meletakkan anak lelaki lebih utama berbanding perempuan.

“Bagaimanapun semakin anda berpendidikan dan kaya, semakin ramai kanak-kanak perempuan dibunuh. Keluarga tidak mahu berkongsi harta mereka, melabur untuk pendidikan anak perempuan atau membayar hantaran perkahwinan. Ini semua kumpulan pertengahan kelas yang tamakkan wang... amat mengejutkan dan mencabul hak kanak-kanak,” katanya.

Ketaksuban memiliki anak lelaki kini mula membawa padah kepada India apabila negara itu dianggarkan memiliki 30 hingga 40 juta lebih ramai lelaki berbanding wanita usia sesuai untuk berkahwin menjelang 2020. Malah, India juga kekurangan 7.1 juta kanak-kanak perempuan berbanding lelaki sehingga usia enam tahun.

Keadaan itu dijangka menyumbang kepada jurang jantina yang luas di antara lelaki dan perempuan sehingga lebih sejuta dalam masa sedekad.

Pengarah Institut Kajian Lanjutan, Dr Gursharan Singh, berkata budaya cenderung memilih anak lelaki dan kemudahan teknologi untuk menentukan jantina anak dalam kandungan membantu memburukkan nisbah itu, tetapi lebih membimbangkan apabila kawasan yang dulunya tidak mendiskriminasi anak perempuan kini mula berbuat demikian. 

“Keadaan itu memburukkan nasib wanita. Rompakan, rogol dan menculik wanita untuk dijadikan isteri semua berkaitan dengan faktor ramai lelaki bujang yang masih muda dalam masyarakat,” katanya.

INFO: Diskriminasi terhadap wanita di India



  • Pembabitan lelaki dalam pekerjaan sebanyak 51. 9 peratus berbanding 25.7 peratus untuk wanita.



  • Cuma 67.7 peratus di kalangan wanita berusia 15 hingga 24 celik huruf berbanding 84.2 peratus bagi lelaki.



  • Sekitar 45 peratus wanita India dipaksa berkahwin sebelum usia 18 tahun.



  • Seorang wanita meninggal dunia setiap tujuh minit di India kerana masalah berkaitan kehamilan.



  • Kanak-kanak perempuan di India berdepan diskriminasi sejak dilahirkan kerana kurang diberi perhatian dan tidak mendapat layanan sama daripada segi kesihatan, pendidikan dan makanan berbanding anak lelaki.



  • Anak lelaki diberi keutamaan mendapat pendidikan manakala anak perempuan melakukan kerja rumah kerana menganggap pendidikan untuk anak perempuan membuang masa.


    ________manusia dan takdir______End

    TERKINI!!!MY fren link-klik!!


    cerita baru




    Menarik! Mesti Baca!


    Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:


    0 comments: