Tuesday, July 19, 2011

BAJU BERHAWA DINGIN JAPAN/JAPAN AN AIR-CONDITIONED CLOTHES(VIDEO)

19/07/2011-10:58pm
Agak2 koranglah...bulan puasa kalau jual baju nie laku tak.....RM418.00 jer sehelai! 
Jom layan video ni dulu....layanzzzz!

____________________________________
Baju Berhawa Dingin Bantu Jepun Atasi Bahang
Selasa Julai 19, 2011



Hiroshi Ichigaya memperkenalkan "Kuchofuku" yang mampu menyamankan badan. - Foto AFP



TODA, Jepun: Jaket kini bukan sahaja mengikut fesyen bahkan mempunyai kipas yang terbina dalam di negara ini.
Kuchofuku Co. Ltd - yang bermaksud "pakaian pendingin hawa" itu mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai selepas bekalan eletrik terputus ekoran gempa bumi dan tsunami melanda negara ini pada 11 Mac lalu.
Pemakai boleh mengawal dua kipas elektrik yang terdapat di dalam jaket tersebut. Kelajuannya boleh dikawal.
Apabila dipasang, ia mengembangkan jaket. Ia mungkin kelihatan kurang menarik, tetapi ini tidak menghalang pemakai untuk berasa selesa.
"Saya bekerja dalam persekitaran yang sangat panas dan perlu memakai baju berlengan panjang. Jadi saya membelinya untuk menyamankan badan selain menghalang strok panas," kata Ryo Igarashi, 33, ketika meninggalkan pejabat Kuchofuku selepas membeli jaket penghawa dingin itu.
Igarashi berkata pakaian itu selesa dipakai di kawasan pembinaan yang panas. Dia turut memasang alat pendingin hawa di bangunan-bangunan.
Kira-kira 1,000 syarikat di Jepun menggunakan Kuchofuku. Ini termasuk syarikat kereta, pembuatan keluli, makanan dan pembinaan.
Selain jaket berpendingin hawa, syarikat itu juga menjual kusyen dan tilam yang dilengkapi dengan penyaman udara.
Sebanyak 20 liter udara berkitaran sesaat dalam jaket itu dan dibebaskan melalui kolar dan lipatan kaki seluar sekali gus mengeringkan peluh dan menyamankan pemakainya.
Kuchofuku yang menggunakan sistem jaringan plastik dipatenkan itu membenarkan udara dikitarkan sambil menyokong berat.
Produk itu mendapat sambutan menggalakkan selepas penutupan loji nuklear Fukushima Daiichi yang rosak akibat tsunami.
Selain itu, ia popular susulan dekri kerajaan yang mewajibkan syarikat-syarikat gergasi di Tokyo dan wilayah utara Tohoku untuk mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus untuk mengelakkan bekalan terputus.
Inisiatif menjimatkan penggunaan elektrik seperti "Super Cool Biz" menggalakkan para pekerja untuk menanggalkan jaket serta tali leher, berhenti menggunakan pendingin hawa dan meningkatkan permintaan terhadap peralatan yang menyamankan udara.
Import untuk kipas elektrik menerusi pelabuhan Tokyo mencapai satu rekod tertinggi pada Mei. Jumlah import tersebut melonjak sebanyak 70 peratus berbanding tahun lalu kepada 1.24 juta unit sekarang, menurut pejabat kastam.
Kipas-kipas dalam jaket Kuchofuku disambungkan pada pek bateri lithium-ion yang mampu tahan sehingga 11 jam dengan sekali cas.
Menurut presiden syarikat Kuchofuku, Hiroshi Ichigaya, ia hanya menggunakan sebahagian kecil elektrik yang biasa digunakan oleh alat pendingin hawa.
Ichigaya berkata, dengan memakai jaket itu, seseorang itu akan berasa lebih nyaman berbanding berbogel.
"Orang ramai sekarang cuba memakai pakaian dengan paling sedikit dalam kempen seperti Super Cool Biz, tetapi memakai lebih banyak Kuchofuku menyebabkan anda berasa lebih sejuk dan nyaman," katanya kepada media.
Sebanyak 20 liter udara berkitaran sesaat dalam jaket itu dan dibebaskan melalui kolar dan lipatan kaki seluar sekali gus mengeringkan peluh dan menyamankan pemakainya.
Ichigaya yang merupakan jurutera Sony selama dua dekad hingga awal 1990-an, mengilhamkan penciptaan "pendingin hawa persendirian" itu.
Pemakai boleh mengawal dua kipas elektrik yang terdapat di dalam jaket tersebut. Kelajuannya boleh dikawal.
Ilham itu datang ketika beliau mereka cipta satu pendingin hawa yang menggunakan sedikit elektrik.
"Saya sedar kita tidak perlu menyamankan udara pada keseluruhan bilik. Apa yang paling penting ialah individu terbabit berasa sejuk," katanya.
Kuchofuku buat julung kali dilancarkan pada 2004 mendapat permintaan dari kilang-kilang dan tapak pembinaan.
Terbaru, ia mendapat pesanan daripada pekerja pejabat dan suri rumah.
Sepasang jaket berpendingin hawa yang standard dijual sekitar 11,000 yen (atau RM418.00).
Seorang pegawai kerajaan pusat baru-baru ini menghubungi syarikat berkenaan untuk membeli sebanyak setengah juta pasang jaket.
Bagaimanapun, Ichigaya berkata, pihaknya terpaksa menolak pesanan tersebut kerana syarikat itu tidak dapat mengeluarkan jumlah besar itu.
Syarikat itu akan menjual sebanyak 40,000 jaket, kusyen dan lain-lain produk berpendingin hawa pada tahun ini.
Ichigaya memberitahu, jumlah tersebut adalah sekali ganda daripada jumlah pada tahun lalu.
Tambahnya, jualan boleh mencecah 80,000 unit sekiranya ia mampu menghasilkannya dengan kapasiti yang sedia ada.
Related news  about issue in English:http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5gc-HHSAoLzGnfcQeHHtCxWsKLlFQ?docId=CNG.ac1ff80155f15b4c6aca1a16ef66c878.1f1

___________an air-conditioned clothes___End
TERKINI!!!

MY fren link-cerita baru-klik!!

Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:


2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

hehehe, agak2 kalau jual kt Malaysia, laku x? :P

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;itulah aku cakap..bulan depan jual laku nie :D