Saturday, July 23, 2011

BERSIH 2.0-(VIDEO)VERSI POLIS DIRAJA MALAYSIA -PENJELASAN POLIS

23/07/2011-12:20am
Akupun belum tengok nie...so sama2 kita nilai dengan tenang dan berfikiran terbuka...



___________________________________________

PDRM tidak halang Mohamad Sabu saman polis – KPN

22/07/2011 10:03pm

KUALA LUMPUR 22 Julai – Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan haram di ibu negara, 9 Julai lepas.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.
"Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional.
"Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video)... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian,” katanya pada sidang media selepas majlis Penganugerahan Balai League Table (BLT) Siri 1/2011 di sini hari ini, bagi balai polis terbaik seluruh negara.
Ismail berkata demikian sebagai mengulas mengenai komen Mohamad di dalam sebuah portal pembangkang yang mahu menyaman polis selepas didakwa melanggar motosikal yang diboncengnya pada perhimpunan haram tersebut.
Polis semalam menyiarkan rakaman video yang menunjukkan motosikal yang dibonceng Mohamad tidak dilanggar Pajero polis seperti didakwa tetapi ketika melakukan pusingan U, motosikal itu terkena ”fender” Pajero polis di kawasan Perumahan Seri Persekutuan, yang akhirnya menyebabkan motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan. 


__________________video BERSIH 2.0 versi PDRM________End

0 comments: