Friday, July 22, 2011

REVIEW (VIDEO) MANCHESTER UNITED VS SEATTLE SOUNDERS 7-O (SIRI JELAJAH AMERIKA UTARA JULAI 2011)

22/07/2011-11:39pm

Kalau MU lawan skuad harimau kita macamana agaknye yer.......jom layanzzz video  
Manchester United Vs Seattle Sounders 7-0.

_________________________

Manchester United memang gergasi

22 Julai 2011



SEATTLE, Washington – Tolong jangan pandang mudah Manchester United dalam saingan Liga Perdana England pada musim baharu ini.
Reputasi mereka sebagai juara semakin terserlah.
Penyerang utama mereka, Wayne Rooney pula semakin mengganas dan sudah pasti dia akan terus menggegar gawang lawan pada saingan musim baharu ini yang dijadualkan bermula pada bulan depan.
Bagi membuktikan kehebatan yang ada pada penyerang lincah United itu, Rooney telah meledak hatrik dalam tempoh 21 minit pada babak kedua untuk membantu pasukannya membelasah Seattle Sounders 7-0 pada aksi pramusim pagi semalam.
Michael Owen membuka tirai jaringan pada minit ke-15 menerusi tandukan bagi menewaskan Kasey Keller.
Pada aksi babak kedua, United memang tiada tandingan dan pengurus, Alex Ferguson memasukkan Rooney, Park Ji-Sung dan Mame Biram Diouf.
Hasilnya Diouf menjaringkan gol kedua pada minit ke-49 sebelum ledakan hatrik Rooney minit ke-51, 69 dan 72.
Ji-sung menjaringkan gol keenam United pada minit ke-71 sebelum Gabriel Obertan melengkapkan pesta gol United minit ke-88 bagi menamatkan perlawanan dengan kemenangan 7-0.
Ia merupakan perlawanan kedua United dalam siri jelajah pramusim ke Amerika Utara.
United bakal bertemu Chicago Fire pada awal pagi Ahad ini. 
Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

____________jelajah MU_________End

0 comments: