Wednesday, July 20, 2011

BLOGGING BUKAN AKTIVITI KEWARTAWANAN SEBENAR

20/07/2011-10:08pm

Siapa kata aktiviti blogger kewartawanan sebenar.... bagi aku (akulah) blogger adalah  penyebar maklumat,pendakwah,pengumpat,pengajar,pengkepoh,pengcopy, dsbnya(manyak ooo,)...kenalah pilih mana2 kita suka..

______________________________

Blog, Facebook, Twitter bukan kewartawanan sebenar

20/07/2011 9:01pm
KUALA LUMPUR 20 Julai – Media sosial baru seperti blog, Facebook dan Twitter adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat, namun ia tidak seharusnya dianggap sebagai kewartawanan sebenar, menurut seorang tokoh akademik dari Amerika Syarikat.
Janet E. Steele, Prof Madya dari School of Media and Public Affairs, George Washington University, berkata, berita dan maklumat daripada media sosial bukanlah fakta kukuh yang disemak dan serta ditapis oleh editor berbanding dengan amalan standard oleh media tradisional.
"Kewartawanan sebenar melibatkan suatu sistem pengesahan dan mesti mematuhi stardard profesional yang tinggi.
“Oleh itu, laporan berita oleh wartawan mesti disemak dengan teliti oleh editor sebelum disiarkan, berbeza dengan media baru yang tidak memerlukan sebarang pengawasan,” kata beliau kepada pemberita di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan syarahan bertajuk ”Keadilan dan Kewartawanan: Islam dan Nilai-nilai Kewartawanan di Malaysia dan Indonesia” di Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti berkenaan.
Steele, yang fasih berbahasa Indonesia, menulis dalam ruangan mingguan “E-Mail from America” bagi akhbar Surya Daily di Surabaya, Jawa Timur, Indonesia. – Bernama


___________bukan kewartawanansebenar________EnD


Menarik! Mesti Baca!


Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:

5 comments:

penaberkala said...

tapi kalau dah akhbar sendiri pun dah mula sebarkan berita yang tidak sahih, malah berita palsu apa plak?

adakah kewartawanan itu masih dianggap sebenar?

rasanya dunia hari ini, tak pelik kalau ramai orang lebih percaya pada medium alternatif terutama twiter/blog dalam mendapatkan maklumat/berita terkini

ASSOYFINGER67 said...

penaberkala;kita ambil skop dari segi asas akedemik saja...begitulah kata pakar dan orang bijal pandai.
Apa yang kita perlu percaya tak sesiapapun boleh halang sebenarnya,dimana2pun akan ada kesilapan lebih2lagi kalau emosi dimainkan...apapun itulah guna akal yg diberi dan ilmu yang dituntut
untuk kita membuat pilihan..T/kasih datang:)

Belalang hijau Perisik said...

akhbar sendiri pun bnyk cedok berita dari blog...hee

penaberkala said...

setuju dengan belalang hijau
kebanyakan berita skang banyak cedok kat blog/twitter

ASSOYFINGER67 said...

Belalang Hijau,penaberkala,setuju juga (memang terbukti)...kerana akbar akan cedok mencedok satu sama lain (akupun-ituler link namanya haha)....walaubagaimanapun punca sesuatu berita biasanya dari wartawan yang bergerak ataupun dari seseorang ditempat kejadian...apapun dari segi gossip biasanya berita datang dari dalam(kawan,keluarga atau orang sekeliling)apapun siapa cepat dia dapat!:D