Friday, July 8, 2011

DRAMA TEBUSAN DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK SERIKIDS SG ABONG,MUAR

09/07/2011-07:19am
Pengaruh TV jelas di sini...
____________________
Drama Tebusan: 30 Kanak-kanak, Empat Guru Berjaya Diselamatkan
 Khamis Julai 7, 2011 MYT 5:08:00 PM



30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas pada petang Khamis



MUAR: Drama tebusan yang mendebarkan penduduk sekitar Sungai Abong di sini berakhir apabila polis berjaya menyelamatkan 30 kanak-kanak tadika yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi, awal pagi Khamis setelah melepaskan gas pemedih mata ke kawasan itu sebelum menyerbu masuk ke banglo itu.
Polis mengesahkan lelaki yang dipercayai kurang siuman itu ditembak.
Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Turut diselamatkan ialah empat guru tadika terbabit.
Terdahulu, seorang lelaki bersenjatakan tukul besi dilaporkan menahan 30 kanak-kanak tadika sebagai tebusan di Sungai Abong di sini.
Lelaki itu mendesak polis menyerahkan pistol atau kanak-kanak terbabit dibunuh.
Bagaimanapun selepas seorang pakar psikiatri, Dr Lau Keen Lee bercakap dengan suspek dari luar banglo dua tingkat tersebut, lelaki itu kembali tenang.
“Dia sekarang lapar dan mahukan makanan," katanya pada Khamis sambil menambah bahawa mereka berada di aras atas banglo berkenaan.
SEMUA guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang di Muar, hari ini berjaya diselamatkan polis dalam serbuan pada jam 3.41 petang tadi. Anggota polis melepaskan sedas tembakan sebelum menyerbu masuk. Lelaki bersenjata parang itu dilaporkan cedera parah. 
Pic Source:http://www.bharian.com.my/ 
Semasa makanan diambil, dua trak Unit Tindakan Khas (UTK) memasuki kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Muar, Asisten Supritendan Suhaimi Ahmad memberitahu kaum keluarga dan media supaya menunggu di luar kawasan banglo.
Katanya, suspek mungkin akan takut jika terlalu ramai yang berhimpun dekat kawasan berkenaan.
Pasukan UTK menutup laluan menghala ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids itu pada pukul 2 petang.
Orang ramai kelihatan berkumpul di sekeliling jalan itu dan suspek dilaporkan mengunci semua pintu di banglo tersebut.
Dua buah ambulans turut berada dalam keadaan siap sedia di luar perkarangan tadika itu.
Pegawai polis masih lagi berbincang dengan suspek tetapi sehingga kini, masih belum ada laporan mengenai kanak-kanak yang cedera.
Polis masih lagi mengepung kawasan itu.
Pada pukul 3.45 petang, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam kawasan itu dan memasuki banglo tersebut.
__________________Tebusan kanak2 30 orang diselamatkan________End

1 comments:

Umie Nadhirah said...

polis sangat penyayang!!