Kadang-kadang bila manusia tak diberi peluang mereka akan memberontak,bila diberi peluang mereka akan mereka akan mempersoalkannya dan bila dijawab mereka akan membuat bising agar mereka tak mendengarnya....kerana manusia jika tak suka pada sesuatu maka keseluruhan sesuatu itu buruk bagi mereka kerana nyatalah mereka dinegara yang membangun dan bukan maju...betullah kata orang jika tak disukai buatlah apa saja salah juga jadinya....
__________________________
Wacana Kecoh, Penyokong Bersih Gagal Kawal Emosi
Rabu Julai 27, 2011 MYT 9:34:00 PM
SHAH ALAM: Selepas kekecohan di ibu negara pada 9 Julai lalu, penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih gagal mengawal emosi termasuk sewaktu menghadiri diskusi ilmiah mengenai hala tuju gabungan berkenaan pada Selasa.
Selain mencetuskan suasana bising hingga mengganggu kelancaran majlis, terdapat juga sebahagian penyokong kumpulan berkenan hampir bertindak kasar kepada salah seorang penonton apabila mengemukakan soalan yang tidak disenangi mereka.
Kekecohan yang berlarutan hampir sepuluh minit itu terpaksa diredakan oleh moderator wacana anjuran Sinar Harian tersebut, Wan Saiful Wan Jan dengan dibantu oleh petugas unit keselamatan penganjur.
Ketegangan berkenaan berlaku pada sesi soal jawab bersama penonton apabila seorang peguam, Kamaruddin Ahmad mengemukakan soalan kepada Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.
Beliau yang mahu mendapatkan penjelasan bekas Presiden Majlis Peguam itu sama ada Bersih mahu meneruskan beberapa siri perhimpunan haram lain yang menurutnya tidak mengikut undang-undang dan mencabul Perlembagaan Persekutuan akhirnya di 'boo' oleh majoriti penyokong Bersih yang hadir.
Bukan sahaja dikecam kerana mengemukakan soalan sedemikian, malah beberapa penonton yang hadir bangun dari tempat masing-masing dan menyerbu ke arah Kamaruddin.
Bagaimanapun tiada insiden tidak diingini berlaku apabila unit keselamatan penganjur bertindak pantas meleraikan ketegangan.
Bukan itu sahaja, Wan Saiful yang juga Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Urusan Ekonomi (IDEAS), turut beberapa kali menegur penonton yang hadir agar bertindak profesional serta menghormati majlis ilmu berkenaan.
Teguran berkenaan dibuat selepas penyokong Bersih secara kerap 'mengganggu' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengemukakan pandangan.
"Saya hampir kecewa dengan gelagat saudara sekalian, tolong hormati majlis ilmu ini... kalau anda berterusan membuat bising, kita terpaksa hentikan perbincangan hari ini," katanya.
Selain itu, Wan Ahmad ketika menjawab soalan turut melahirkan kekecewaan apabila penonton yang hadir tidak terbuka menerima pandangan yang dikemukakan.
Menurutnya sikap berkenaan mencerminkan bahawa penyokong Bersih yang hadir itu sememangnya tidak berminat mendengar pandangan yang bertentangan dengan pendirian mereka melainkan jika berpihak kepada matlamat Bersih.
"Anda tidak terbuka mendengar penjelasan, saya sendiri sanggup hadir kerana mahu berhadapan dengan Bersih...saya ingin beri penjelasan tentang lapan tuntutan Bersih.
"Tapi tindakan anda tidak mencerminkan kematangan terutamanya ketika menghadiri majlis ilmu," katanya.
_____________Bersih 2/10 yang tak matang_________End
TERKINI!!!MY fren link-klik!!cerita baru
- Ulasan Jimmy Shanley di atas pendedahan Isterinya Nursuhaila
- Festival Filem Malaysia ke 24|Senarai Filem yang dipertandingkan dalam FFM24
- Program Pemutihan : Tinggal 5 hari lagi tetapi 1.3 Juta PATI belum daftar
- Rumah Panjang Tan Sri Leo Moggie di Bejait musnah dalam kebakaran
- Wordless Wednesday #2–Hadiah saguhati pengomen terbanyak blog mummynemo.com
- Wordless Wednesday—-Inilah hasil anak didikku…hehe
Menarik! Mesti Baca!
- Debat Antara S Ambiga Dan Wan Ahmad Kecoh | Penonton Gagal Kawal Emosi
- 500 Nama Pengundi Bertindih | PAS Dakwa Mempunyai Bukti
- Syafiq Hilang 4 Hari Akhirnya Ditemui Mati | Jatuh Dari Kondominium
- Online Debat ‘Apa Selepas 9Julai…’ Antara Ambiga & Datuk Wan Ahmad
- Rumah Tangga Jimmy & Suhaila Kembali Berantakan
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
2 comments:
Pasal bersih ni lah aku tak tido malam berjaga siang malam nak pastikan negara kita terus aman dan damai...=P
paskal_garuda;moga Allah memberkatinya!
Post a Comment