27/07/2011-08:08pm
Kes selesai,agar maruah tidak disamakan dengan wang ringgit,agar pihak yang bertanggung jawab sedar akibatnya membuat sesuatu di luar prosuder,tidak amanah pada negara!Semuga mangsa hidup bahagia dan pastinya penyelesaian itu menguntungkannya walaupun sebenarnya peristiwa dia dimalukan tiada ringgit boleh memadamnya!
__________________________________
Kes ketuk ketampi bogel selesai di luar mahkamah
27/07/2011 11:20am
Pic source:sikney.blogspot.com
KUALA LUMPUR 27 Julai – Wanita Melayu yang rakaman video dia sedang ketuk ketampi dalam keadaan bogel ketika ditahan pihak polis tersebar lima tahun lalu, hari ini bersetuju menyelesaikan tuntutan samannya di luar mahkamah.
Hemy Hamisa Abu Hasan Saari mengemukakan saman terhadap seorang konstabel polis dan kerajaan Malaysia selepas rakaman video tersebut tersebar, sebelum ini menuntut ganti rugi sebanyak RM250,000.
Persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Lau Bee Lin tetapi jumlah ganti rugi berkenaan tidak didedahkan. – Utusan
Rujukan:
Wanita diarah berbogel dipercayai bukan warga China
01/12/2005KUALA LUMPUR 30 Nov. - Wanita yang diarah berbogel dan melakukan ketuk-ketampi semasa ditahan dalam lokap polis baru-baru ini sehingga mencetuskan kontroversi, dipercayai bukan warganegara China.
Mengejutkan, wanita yang diarah berbuat demikian itu dikatakan berketurunan Melayu dan berusia 23 tahun.
Utusan Malaysia difahamkan, ketika rakaman video dibuat, wanita itu sedang diperiksa selepas ditahan dalam satu serbuan oleh polis Bahagian Narkotik di sebuah disko di Petaling Jaya, Selangor, Jun lalu.
Wanita tersebut dipercayai ditahan reman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan terhadapnya selesai.
Pihak polis ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengesahkan perkembangan terbaru kes bogel dan ketuk-ketampi itu.
Ekoran kejadian itu, sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes wanita itu yang dikatakan sebelum ini warganegara China.
Pada 24 November lalu, lobi Parlimen dihangatkan dengan tayangan rakaman video menunjukkan wanita tersebut dalam keadaan bogel. Dia juga diarahkan membuat ketuk-ketampi oleh anggota polis wanita.
Rakaman kira-kira 30 saat itu diambil menggunakan telefon bimbit dan ditayangkan semula menggunakan komputer riba Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim yang memperoleh cakera padat video (VCD) mengandungi rakaman itu di pintu pejabatnya sehari sebelum itu.
Sebuah akhbar Cina yang turut memperoleh VCD itu telah menyiarkan laporan mengenai rakaman tersebut pada hari yang sama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dimaklumkan mengenai rakaman tersebut mengarahkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid berkunjung ke China dan membuat penjelasan mengenai pelancong wanita negara itu yang didakwa menjadi sasaran agensi-agensi penguat kuasa negara ini.
Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

`Wanita misteri' terbukti Melayu
14/12/2005KUALA LUMPUR 13 Dis. - Persoalan siapakah wanita misteri yang diarahkan berbogel dan ketuk-ketampi dalam lokap polis sehingga mencetuskan kontroversi terjawab hari ini apabila dia muncul pada inkuiri awam bagi menyiasat kes tersebut.
Pastinya, dia bukanlah wanita China atau Cina tempatan seperti yang disangkakan sebelum itu, sebaliknya merupakan wanita Melayu berusia 22 tahun.
Kemunculannya pada hari ini mengesahkan laporan eksklusif Utusan Malaysia pada 30 November lalu yang menyatakan wanita itu berketurunan Melayu.
Kehadirannya pada hari kedua inkuiri awam ini menarik perhatian ramai apabila merupakan saksi pertama sesi pagi yang memberi keterangan.
Meskipun begitu, wanita itu masih kekal `misteri' kerana wajahnya belum dapat dilihat oleh orang awam mahupun wartawan yang berada di dalam mahkamah.
Tambahan pula, Pengerusi inkuiri, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah membenarkan permohonan pegawai pengendali inkuiri, Suhaimi Ibrahim supaya perintah larangan dikenakan kepada pihak akhbar tidak mendedahkan nama, gambar dan butiran peribadi wanita itu.
Berbaju kurung warna ungu dan bertudung serta berkot hitam, wanita itu memberi keterangan dengan suara yang kadang-kala agak perlahan ketika menjawab soalan.
Dalam keterangannya, wanita itu yang sedang mengandung tiga bulan menyatakan, dia telah ditangkap di sebuah sekolah rendah di Damansara Jaya kira-kira pukul 1 pagi, 29 Jun lalu kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.
Katanya, dia diberkas bersama lima lelaki termasuk seorang daripadanya kini telah menjadi suaminya.
Dia menceritakan, mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Damansara Utama sebelum dihantar ke Balai Polis Petaling Jaya pada masa hampir masuk waktu Subuh.
Di Balai Polis Petaling Jaya, katanya, dia telah diserahkan kepada seorang pegawai polis wanita yang dicamkan sebagai Lans Koperal Wan Zawati @ Zalina Wan Ismail.
Pada awalnya, Wan Zawati telah mengarahkannya membuat ujian air kencing di dalam tandas balai polis itu sebelum dia dibawa ke sebuah bilik lokar (bilik simpanan barang).
Anggota polis itu, katanya, kemudian membuat pemeriksaan anggota badan tanpa menyentuhnya dan disuruh menanggalkan pakaian.
Semasa berbogel, kata saksi keempat itu, dia disuruh memegang telinga (bukan disilang) untuk ketuk-ketampi yang dianggarkan kurang daripada 10 kali di hadapan Wan Zawati.
Ditanya oleh anggota panel inkuiri awam itu, Datuk Kamilia Ibrahim apa perasaannya ketika diminta menanggalkan pakaian, katanya, dia merasa malu dan marah, tetapi terpaksa melakukannya kerana Wan Zawati memberitahu semua tahanan wanita kena buat seperti itu.
Memandangkan tiada barang atau dadah yang ditemui hasil perbuatan ketuk-ketampi itu, dia kemudian diarah memakai pakaiannya semula.
Waktu itu, katanya, hanya mereka berdua berada dalam bilik tersebut dan pintu bilik bertutup, tapi tidak berkunci.
Dia bagaimanapun menyatakan tidak perasan sama ada bilik itu mempunyai tingkap atau tidak.
Kemudiannya, kata saksi itu, dia dibawa ke lokap tahanan wanita di balai polis itu.
Dia yang mengaku hanya memakai tudung hitam untuk hari ini kemudian membuka tudung bagi menunjukkan ikatan rambut panjang melepasi bahu apabila diminta oleh Dzaiddin.
Dia juga menunjukkan belakang tapak tangannya apabila diarahkan berbuat demikian oleh Dzaiddin.
Ekoran tangkapan itu, menurutnya, dia bersama suaminya dan empat lelaki lain telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan memiliki dadah.
Saksi utama itu menyatakan, dia pertama kali melihat rakaman klip video mengenainya ketika menonton rancangan berita televisyen di rumahnya.
Ditanya oleh Kamilia macam mana dia boleh cam wanita bogel tersebut adalah dirinya, kata wanita itu, dia mengecam belakang badan dan gerak-gerinya.
Tiba di peringkat ini, Suhaimi ingin menunjukkan klip video itu, tetapi wanita itu enggan menonton dengan menggeleng-gelengkan kepala.
Namun akhirnya, dia menyaksikan juga setelah Suhaimi menyatakan ia bertujuan memastikan wanita dalam rakaman itu adalah dirinya.
Ditanya oleh Dzaiddin, adakah itu dirinya, dia hanya mengangguk.
Di peringkat ini, wanita itu mula menangis dan ditenangkan oleh pegawai penyiasat, S.T. Thilagavathy yang sentiasa berada di sisinya bagi membantunya sepanjang dia memberi keterangan.
Dengan teresak-esak, katanya, dia cam wanita bogel itu adalah dirinya kerana dia cam rambut, badan dan mukanya.
Selesai memberi keterangan, wajahnya ditutup dengan kot hitam oleh Thilagavathy sehingga ke muka pintu.
Inkuiri bersambung esok.Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive
____________wanita-ketukketampi-Melayu -Selesai Luar Mahkamah___ENd
TERKINI!!!MY fren link-klik!!
TERKINI!!!MY fren link-klik!!
cerita baru
- Ulasan Jimmy Shanley di atas pendedahan Isterinya Nursuhaila
- Festival Filem Malaysia ke 24|Senarai Filem yang dipertandingkan dalam FFM24
- Program Pemutihan : Tinggal 5 hari lagi tetapi 1.3 Juta PATI belum daftar
- Rumah Panjang Tan Sri Leo Moggie di Bejait musnah dalam kebakaran
- Wordless Wednesday #2–Hadiah saguhati pengomen terbanyak blog mummynemo.com
- Wordless Wednesday—-Inilah hasil anak didikku…hehe
Menarik! Mesti Baca!
- Debat Antara S Ambiga Dan Wan Ahmad Kecoh | Penonton Gagal Kawal Emosi
- 500 Nama Pengundi Bertindih | PAS Dakwa Mempunyai Bukti
- Syafiq Hilang 4 Hari Akhirnya Ditemui Mati | Jatuh Dari Kondominium
- Online Debat ‘Apa Selepas 9Julai…’ Antara Ambiga & Datuk Wan Ahmad
- Rumah Tangga Jimmy & Suhaila Kembali Berantakan
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
0 comments:
Post a Comment